Kebakaran dahsyat yang melanda Australia menyebabkan kepulan awan asap yang begitu besar. Malah, dilaporkan awan asap itu dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke negara itu, memetik laporan BBC.
Hal tersebut didedahkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berdasarkan data yang diperoleh daripada satelit. Asap itu dikatakan sedang menuju ke Amerika Selatan. "Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia," jelas pihak NASA.
Terdahulu, lebih 11 juta hektar kawasan hutan dan ladang di Australia musnah dalam kebakaran dahsyat sejak September lalu. Negara seperti New Zealand turut terjejas dengan pencemaran udara akibat kebakaran ini, malah menyebabkan salji di kawasan pergunungan menjadi warna coklat. - CARI
|
AbukRokok replied at 15-1-2020 08:38 AM
apa penjelasan flat earth ?
Kurex replied at 15-1-2020 09:42 AM
sian haiwan dekat sana... berjuta juta jugak haiwan yg terkorban
"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia,"
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca ...
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca ...
Madel replied at 15-1-2020 01:58 PM
Tempat iols hari2 ujan.
Ni pun baru teduh..
Alhamdulillah.
ohnoLia replied at 15-1-2020 11:53 AM
Membayangkan dunia tiada haiwan dan tanaman, dan akhirnya jadi planet ala2 marikh...
Dunia akan m ...
syamzana replied at 15-1-2020 06:13 AM
bestnya...tmpt i panas terik dan kering.malam2 pun berkuap
ADVERTISEMENT