Ungkapan "Can I advise your something?" menjadi popular selepas pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini. Faktor itu mungkin menarik perhatian penulis skrip iklan Touch 'n Go untuk diaplikasikan pada kempen media sosial syarikat berkenaan termasuk dalam Facebook. Walau bagaimanapun, strategi itu seolah-olah memakan diri apabila ruangan komen di bawah status Facebook yang memaparkan ungkapan tersebut pada 13 Januari lalu digunakan oleh para netizen untuk melepaskan geram. Rata-rata mereka yang menggunakan perkhidmatan Touch 'n Go eWallet tidak berpuas hati kerana baki yang ada tidak boleh digunakan untuk menjelaskan bayaran tol. Berdasarkan aduan seorang pelanggan, masalah itu menyebabkan dia terpaksa menambah nilai secara berasingan untuk kad Touch 'n Go dan eWallet.
Malah, ada pelanggan yang mendakwa, nilai sebanyak RM167.70 telah ditolak daripada eWallet miliknya untuk membayar barangan yang dibeli daripada Taobao tetapi wang tidak diterima oleh kedai dalam talian itu. Begitu juga dengan talian khidmat pelanggan Touch 'n Go yang dikatakan tidak menjawab panggilan daripada pelanggan. Pelanggan juga membangkitkan tentang isu aplikasi telefon pintar Touch 'n Go eWallet yang tidak boleh diakses. Hampir kesemua luahan netizen dalam ruangan komen status Facebook tersebut tidak dijawab oleh pengendalinya. Situasi serupa turut dilihat dalam Instagram di mana netizen merungut tentang portal Touch 'n Go. Harap pihak Touch 'n Go mengambil tindakan susulan terhadap 'nasihat' daripada pelanggan-pelanggan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan. - CARI
|
Malah, ada pelanggan yang mendakwa, nilai sebanyak RM167.70 telah ditolak daripada eWallet miliknya untuk membayar barangan yang dibeli daripada Taobao tetapi wang tidak diterima oleh kedai dalam talian itu.
ADVERTISEMENT