Baru-baru ini tular di media sosi@l dan media mass@ tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema di mana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Menerusi laman F@cebook, Anizzon Hussin berkongsi pengalaman getirnya positif virus ini.
Pada mulanya beliau berasa hairan dengan penyakit selesema yang datang menyerang secara tiba-tiba kerana sebelum ini dirinya tidak pernah mengalami situasi sebegitu. Rupanya virus influenza dah ada dalam badan! Tak mampu nak tahan dah, terus ke hospital. Sampai hospital dari temubual, doktor dah agak. Doktor buat dulu test ambil sample kat hidung. Hampir sejam menunggu result. Masa menunggu, muka dah cuak takut kena virus itu. Aduhai, tak boleh nak bayang macam mana. Barulah sibuk google cari info penyakit. Nampak doktor menghampiri. Aduhai, harap Dr kata, demam awak ambil antibiotiok, esok lusa sembuh dan awak boleh balik. Oh, usah mengharap jika sendiri pun rasa pelik dengan selesema yang air hidung ‘non stop’. Positif influenza, kena rawat dan kuarantin Simptom-simptom Dijangkiti Influenza Menurut Kementerian Kesihatan, simptom-simptom dijangkiti influenza ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Loading FB Post... Langkah-langkah pencegahan influenza ini ialah anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung. Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. - CARI |
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah
ADVERTISEMENT