CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Terima Kasih Percaya Kami" - Upin Ipin Gagal Top 5 Oscars, Warganet Tetap Bangga

14-1-2020 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7843| Komen: 62

Banyak pihak menantikan keputusan lima calon akhir kategori filem anumasi terbaik Anugerah Akademi atau Oscars untuk menyaksikan sama ada filem animasi Upin dan IpinL Keris Siamang Tunggal tercalon atau sebaliknya.


Namun, nyata sekali filem terbitan Les' Copaque Production itu gagal tersenarai dalam lima calon akhir selepas pihak syarikat itu memaklumkan menerusi Twitter. 

"Terima kasih kepada semua kerana percayakan kami," tulisnya dalam satu hantaran Twitter. 


Pun begitu, ia tidak sesekali mematahkan semangat syarikat tersebut kerana menduduki senarai 32 calon akhir sudah cukup membanggakan. 


“Untuk terpilih dicalonkan, adalah satu pencapaian. Nama kami sudah termasukan dalam arkib Oscar," kata Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi kepada Bernama. 

Lima filem animasi diumumkan tercalon dalam kategori itu ialah How To Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4. 

Kredit foto: Astro Awani
Warganet turut menyatakan rasa bangga dengan pencapaian filem tempatan yang menelan belanja RM20 juta ini. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 14-1-2020 06:16 PM
Toy story y bodoh tu boleh jd top5?
Quote fliphair8 14-1-2020 06:35 PM
Cuba lagi upin ipin....
Quote ajinomotonosuga 14-1-2020 06:48 PM
Bila shamsol nk buat Atuk95 ???
Quote yuki812 14-1-2020 06:48 PM
upin ipin tak besau2..cenggitu gak umurnya..cer try upin ipin versi remaja pulak. laku tak??
apapon bangga pencapaian anak melayu..
Quote aHoi83 14-1-2020 08:52 PM
Apapun tahniah
Quote kakigebang 14-1-2020 08:59 PM
shortlist untuk gi final pun dah cukup bagus...kipidap dongibab...harap takde yg komen  negatif
Quote gummiebear 14-1-2020 09:01 PM
Teruskan berkarya! Saya suka!
Quote hyie 14-1-2020 09:32 PM
aritu iols tertengok utube pasal promosi upin ipin kat indonesia. Suka betul bebudak kecik sana layan citer ni. Lepas tu diorang ajuk cakapa balik apa upin ipin cakap sebijik ok. Hilang accent indonesia diorang
Quote Count_Romanov 14-1-2020 09:39 PM
Filem melyu msk list oscar kot. Flm melyu lain mane prnh msk. Choiii lh. Ke ade ?
Quote hasniey 14-1-2020 09:57 PM
yuki812 replied at 14-1-2020 06:48 PM
upin ipin tak besau2..cenggitu gak umurnya..cer try upin ipin versi remaja pulak. laku tak??
apapon ...

Dh beso xlaku kang.sapa nk tgok?xpe la xbesar2 pon.kartun kann...nobita rilek je xbeso2
Quote lovelytouch 14-1-2020 10:08 PM
Count_Romanov replied at 14-1-2020 09:39 PM
Filem melyu msk list oscar kot. Flm melyu lain mane prnh msk. Choiii lh. Ke ade ?


Puteri Gunung Ledang short listed antara 35 Filem Asing Terbaik Oscar 2005
Quote Count_Romanov 14-1-2020 10:12 PM
lovelytouch replied at 14-1-2020 10:08 PM
Puteri Gunung Ledang short listed antara 35 Filem Asing Terbaik Oscar 2005

Ye ke? Wauuuu     bngga weihhh
Quote poet_pis 14-1-2020 10:19 PM
Cuba lagi pasnih... cipta karya yang lagi hebat
Quote batmana 14-1-2020 10:56 PM
Jln Cite upin berserabut.. Bdlk2 tgk pening
Quote sarah82 14-1-2020 11:10 PM
InsyaAllah next time masuk dan menang oscar
Quote dua_chzy 14-1-2020 11:29 PM
hyie replied at 14-1-2020 09:32 PM
aritu iols tertengok utube pasal promosi upin ipin kat indonesia. Suka betul bebudak kecik sana laya ...

Mesti bunyi jadik ala2 Melayu Belitong dalam film Laskar Pelangi.
Quote dani-rox 15-1-2020 01:58 AM
jgn putus asa. cuba lg. kurang2 berbangga la jugek dpt masuk top 32.

teringat filem Cats yg diwarwarkan sbg bakal pemenang besar oscars, terus tarik balik penyertaan tengok trailer saja dah nightmare, baik tengok bideo kucen kat yt
Quote Orix 15-1-2020 02:11 AM
dani-rox replied at 15-1-2020 01:58 AM
jgn putus asa. cuba lg. kurang2 berbangga la jugek dpt masuk top 32.

teringat filem Cats yg diwa ...

Iols pn tkejut Cats tu jd hazab. Nk ikutkan pengarah dia yg buat cite Les Miserable. Sian Taytay iols
Quote dudaberhias 15-1-2020 02:23 AM
kalau tercalon ni confirm indonesia akan klaim
belum jadi pun iols dah boleh agak

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.148240 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top