"Kemudian, Ziana keluar kenyataan di media tempatan bahawa dia tiada ‘taste’ pada Azwan Ali. Kau rasa mana pergi jantan kau, maruah kau?" Anak seni, Azwan Ali sememangnya sangat popular di era 90an dahulu. Komitednya dalam pengacaraan, lakonan dan pengarahan pernah mendapat pujian. Namun apabila bertukar personaliti, dia dilihat hilang arah hingga menggelar dirinya Diva AA. Bagaimanapun menerusi slot 'Begitu Begini Dj Nazz di laman Youtube Gegar, Azwan membuka cerita hingga ramai warganet melihat kembali sisinya yang berkarisma dahulu. Antara yang kontroversi ialah kisah ' percintaannya' dengan Ziana Zain. Namun sayangnya perasaan tersebut telah di tolak dan ianya juga mendapat liputan meluas media tempatan ketika itu.
"Terima kasih kepada DJ Nazz, kerana berjaya membongkar kisah percintaan Diva AA dan Ziana secara eksklusif." Menurut Diva AA, dia mengaku hanya bertepuk sebelah tangan. Ziana hanya menganggap Diva AA sebagai kawan biasa saja. “Saya pernah feeling-feeling, tapi dia tak cinta saya, saya je anggap saya cinta Diva ZZ (Ziana Zain)” Diva AA sempat berkongsi saat-saat dia meminta izin dari bapa Ziana untuk membawanya keluar jalan-jalan. Malah pada saat itu, dia telah meluahkan isi hatinya kepada Ziana. “Saya pergi rumah dia, Pak Zain siap cakap, jaga Gee elok-elok, sebab saya minta izin nak bawa Ziana Zain pergi makan-makan” “Masa bawa Ziana keluar, tahu tak perasaan dia macam mana? Saya rasa macam jadi Justin Bieber masa tu! Siapa saja yang mampu pandu kereta bersama Ziana masa tu” Seterusnya Azwan membawa Ziana ke Hotel Concorde dan ketika itula dia meluahkan isi hatinya. "Saya cakap “Ziana, sebenarnya saya suka awak”, dan Ziana jawab, “Jangan nak mengada!, kita kawan jer, tiada nak feeling-feeling, saya tak minat." Selepas kejadian itu, Diva AA agak kesal dengan kenyataan Ziana kepada pihak media. Walaupun cintanya di tolak, Diva AA redha dengan apa yang berlaku 30 tahun yang lalu. “Memang hati memberontak nak Ziana Zain, tapi orang kata, Korban Cinta. Dia tiada perasaan pada saya, saya je yang perasan” Menutup temuramah itu, Diva Aa menyifatkan Ziana telah mendapat hukuman karma. ”Tapi, dia dah kena dah karma dia! Kau tengok apa jadi dengan Ziana Zain? Bangga sangat kahwin dengan ‘mamat’ tu” Jadi, adakah dengan luahan ini bermakna Azwan Ali menyimpan dendam kepada Ziana Zain yang pernah menolak cintanya? Atau dia jadi begini kerana mahu perhatian? - CARI |
Victorioussss replied at 14-1-2020 03:20 PM
Sian AA..cinta seorg lelaki mmg xle lawan yach..selain AA ade byk lagi retis lelaki yang cintanya xk ...
Bangga sangat kahwin dengan ‘mamat’ tu
ADVERTISEMENT