CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kenapa Dibiarkan Berjalan Satu KL?" - Nabila Huda Persoal Sikap Ibu Bapa Puteri Balqis

14-1-2020 01:33 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 22740| Komen: 69|Original author: SakuraJo

Kemunculan pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis atau lebih manja dengan sapaan Aqish dalam program Bersamamu terbitan TV3 baru-baru ini mendapat perhatian ramai yang ternyata terkejut mengetahui kehidupan terkini pelakon berusia 13 tahun itu. 


Dalam ramai yang meluahkan rasa simpati, ada juga yang seolah-olah mempersoalkan tentang sikap kedua-dua ibu bapa Aqish yang membiarkan anak mereka untuk membanting tulang walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Terbaru, pelakon Nabila Huda juga lantang meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya menerusi salah satu postingnya di laman Twitter.

"Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada kanser, dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?"

"Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan, bercakap dengan sempurna?"


Nabila juga seolah-olah mempersoalkan kesanggupan ibu dan bapa kepada Aqish membiarkan anak mereka melakukan kerja dan mengikat perut walaupun dalam keadaan kesihatan yang lemah. 

Kredit foto : Twitter Nabila Huda

 Tweet Nabila tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut dan telah diulang kicau (retweet) lebih dari 2 ribu kali.

Ramai yang cuba mempertahankan ibu Aqish dan mengatakan keadaan kesihatan Aqish yang tak mengizinkan menyukarkan ibunya untuk mencari pekerjaan tetap. 

Kredit foto : Twitter Nabila Huda

 Ada juga yang turut bersetuju dengan Nabila dan merasakan Aqish masih terlalu muda untuk dibebani dengan tanggungjawab dan masalah sedemikian.

Kredit foto : Twitter Nabila Huda

Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Nabila dan memintanya untuk mendiamkan diri sekiranya enggan membantu. 

Kredit foto : Twitter Nabila Huda

Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala urusan adik Aqish dipermudahkan dan diberi kesembuhan dari penyakit yang dihidapinya.


Mungkin pihak produksi juga boleh membantu dengan menawarkan beberapa watak yang sesuai dengan keadaan kesihatan Aqish sekarang. Bukan apa, sayang bakat Aqish disia-siakan begitu sahaja. Betul tak? -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nia_salina 14-1-2020 01:36 PM
Sambung jela kt thread yang adoooo
Quote kiah_mai_pulak 14-1-2020 01:39 PM
sbb ni la kot mak aqish x nak share kisah sakit aqish n berat hati nk terima bantuan dari org.
Quote Kurex 14-1-2020 01:40 PM
lepas tau pasal ibu bapa si budak ni, terus hati ni makin jadi lebih keras
Quote fliphair8 14-1-2020 02:15 PM
hakak jawab ye abil....saya bawak anak jalan2 kat KL kut2 mana tahu jumpa tokan lama bole mintak sepam 2....
Quote kucingitam 14-1-2020 02:20 PM
Kurex replied at 14-1-2020 01:40 PM
lepas tau pasal ibu bapa si budak ni, terus hati ni makin jadi lebih keras

hati kau keras, roy..eh rex..

Quote chicozinn 14-1-2020 02:21 PM
fliphair8 replied at 14-1-2020 02:15 PM
hakak jawab ye abil....saya bawak anak jalan2 kat KL kut2 mana tahu jumpa tokan lama bole mintak sep ...

jawapan ko ni deep bro..hembossss
Quote didinfriends 14-1-2020 02:24 PM
Meh sini saya jawabkan,
"Sebab selama ni pun anak saya yang cari makan."
Kata ibunya sambil menghisab batu. Sekian.
Quote Nt-ViruS 14-1-2020 02:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 14-1-2020 01:39 PM
sbb ni la kot mak aqish x nak share kisah sakit aqish n berat hati nk terima bantuan dari org.

dia pun ntah2 sebelum ni tak tahu mende, tiba nak tunjuk concern konon.
Quote cutieslilies 14-1-2020 02:27 PM
bapak dia siap ek..bukan pelakon jugak ke?
Quote Miawlover 14-1-2020 02:30 PM
Nt-ViruS replied at 14-1-2020 02:24 PM
dia pun ntah2 sebelum ni tak tahu mende, tiba nak tunjuk concern konon.

Nabila n geng  ada jual preloved items dan hasilnya disumbang kpd Balqis sblm ni. Tp slps tu mereka terputus HUBUNGAN dgn Balqis katanya.
Quote bondeh 14-1-2020 02:43 PM
didinfriends replied at 14-1-2020 02:24 PM
Meh sini saya jawabkan,
"Sebab selama ni pun anak saya yang cari makan."
Kata ibunya sambil mengh ...

wakakakakak obvious ibu dia kena interview sambil tarik2 macam kacipppp
Quote dekmieDandy 14-1-2020 02:53 PM
terbaca jugak semalam, ada komen cakap dia admit makin ramai artis yang menjauh lepas dia sakit and dia tak ramai kawan artis

lepas tu ada orang screenshot IG sharifah sakinah gambar dia baru buat jualan amal untuk Balqis ni, tahun 2018 je pulak tu
Quote bonggo 14-1-2020 03:26 PM
Sambung la kt thread lama
Quote Ailebiu 14-1-2020 05:50 PM
Weh tadi aku terbaca mak balkis ni drug addict, ye ke?
Bapaknya pun dah ke dalam,,sbb tu xde cerita pasal bapaknya
Quote sleepandream 14-1-2020 06:40 PM
iols penah terbaca yang mak sheols pernah tolak duit zakat or bantuan..
adakah kerana ego atau apa? takde ke undang2 yg boleh sabitkan parent/guardian jenis macamni yang dengan sengaja memburukkan kesihatan anak? mengabaikan tanggungjawab?
Quote minah_selekeh 14-1-2020 08:27 PM
Ailebiu replied at 14-1-2020 05:50 PM
Weh tadi aku terbaca mak balkis ni drug addict, ye ke?
Bapaknya pun dah ke dalam,,sbb tu xde cerita ...

Allah! Mintak2 romors la.. Kesian Aqish dok dalam environment camtu.. Serabut aku baca..
Quote adeqo 14-1-2020 10:19 PM
Aku sokong nabila huda!
Quote blekkep 14-1-2020 10:54 PM
sian abil kene maki terok kt twitter....pdhal tnye bnde betol kot....ummah twitter mmg aku menyampah lg2 gen z...rase diri je btol tp sbenarnya bodoh
Quote lumie 14-1-2020 10:57 PM
Montep bukak benang baru?Bg data screenshot je plak tu.Bosan!

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.479607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top