CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Tidur, Main Telefon Bimbit. KKM Jalankan Siasatan

13-1-2020 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10733| Komen: 63

Didakwa bermain telefon bimbit dan tidur di kaunter imbasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), dua pekerja pengendali pengimbasan terma kini disiasat. 


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak memandang serius kejadian yang tular di media sosial itu. 

Memetik laporan Harian Metro, dua pegawai tersebut sudah diberikan surat amaran dan tunjuk sebab. 

Kredit foto: suara perak

Pihak kementerian juga sudah memberikan taklimat kepada semua petugas kesihatan yang menjaga kaunter. 

“Ini bagi memastikan saringan serta pemantauan dijalankan dengan lebih efektif.

"Saya sudah menonton video yang ditularkan itu. Ternyata ia memberi satu perspektif yang tidak baik kerana tidur dan bermain telefon bimbit di kaunter berkenaan.

"Bagaimanapun saya tidak mengetahui keadaan sebenar. Jika kita bersangka baik mungkin pegawai yang sedang tidur itu sakit atau sebagainya. Namun tindakan pegawai yang bermain telefon bimbit itu tidak boleh diambil mudah,” katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan dua pegawai di kaunter imbasan terma sedang tidur dan bermain telefon bimbit ketika bertugas.

Masyarakat menyatakan rasa bimbang jika kemasukan pelancong asing tidak diawasi boleh membawa penyakit berjangkit kerana tidak disaring sebaiknya. - CARI 

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 13-1-2020 03:59 PM
gitu le stok2 keje makan gaji buta nih
mohon pecat jah org2 mcm ni
ni mesti spesis masuk keje pakai kabel
Quote baghal_bortuqal 13-1-2020 03:59 PM
KKM lebih pentingkan menyaman perokok. masuk sampai ceruk tok kun.


yg buat kerja kat epot tak penah jengah. daily report pon takde kot.


duktur tak cukop takpa. janji tukang saman perokok cukup.




prrffthhhhh
Quote MissLana 13-1-2020 04:05 PM
ngantok ke kejenya tgk org lalu lalang saje?
Quote dudaberhias 13-1-2020 04:08 PM
cmf_premierleag replied at 13-1-2020 03:59 PM
gitu le stok2 keje makan gaji buta nih
mohon pecat jah org2 mcm ni
ni mesti spesis masuk keje paka ...

kann... lagi satu ni KLIA kot.... gaji takkan la biasa2 RM34 sebulan....memang makan gaji buta sungguh...
kalau takat di tempat lain yang bukan pelancong lalu masuk tu boleh la jugak ko nak tido ke apa kalau dah penat sangat...
Quote jcopy 13-1-2020 04:21 PM
yg main fon tu, tgh layan forum ke tu???

ramai yg berforum time waktu kerja kalau  nak tahu tapi takleh sound, nanti mod2 semua sentap

maklum, kena geng sendiri, mengelupur la

Quote dudaberhias 13-1-2020 04:27 PM
jcopy replied at 13-1-2020 04:21 PM
yg main fon tu, tgh layan forum ke tu???

ramai yg berforum time waktu kerja kalau  nak tahu tapi  ...

Entah2 itu reporter cari tengah cari gossip untuk publish artikel... Muahahahaha jahat meolssss
Quote misuke 13-1-2020 04:31 PM
keje la tu.. keje makan gaji buta
Quote jcopy 13-1-2020 04:32 PM
dudaberhias replied at 13-1-2020 04:27 PM
Entah2 itu reporter cari tengah cari gossip untuk publish artikel... Muahahahaha jahat meolssss

maybe
maybe gak mod cari, tgh baca semua posting

mana satu nak pangkah, mana satu nak bagi kredit

dgn harapan dalat piala juara mod terbaik 2019/2020


Quote saviour_09 13-1-2020 04:43 PM
mampuusss la kena tatatertib ni

tido & main hp tak beragak dah
menjawab leerrr
Quote Mary_jane 13-1-2020 04:47 PM
Forummer mana lah tu tengah godek ci.
Quote Melorqe 13-1-2020 04:54 PM
aku rasa staff tu pun meluat dah nak buat kerja bila dah bagi PRC masuk ramai sgt.
padan kan muka rakyat malaysia dpt menteri tak berapa cerdik.
Quote elbecks 13-1-2020 05:00 PM
tido aku x pernah nampak lagi tapi kalau main hp tu mmg cnfrm..even yg scan bag pun main hp
Quote Madel 13-1-2020 05:02 PM
Baru dpt wasap tadi
Dah ada 1 kematian akibat influenza A kat daerah p.gudang, daerah aku duduk ni
Adik Nur Dinie Damia
Tapi lum nampak mana2 kenyataan rasmi dari men.kesihatan.
Quote pokaibanktokyo 13-1-2020 05:37 PM
Mana videonya?
Quote EvieWanKenobi 13-1-2020 06:12 PM
puas la nak menjawab..
Quote CARI-MAMS 13-1-2020 06:28 PM
Didakwa bermain telefon bimbit dan tidur di kaunter imbasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), dua pekerja pengendali pengimbasan terma kini disiasat.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihak memandang serius kejadian yang tular di media sosial itu.


Memetik laporan Harian Metro, dua pegawai tersebut sudah diberikan surat amaran dan tunjuk sebab.


Kredit foto: suara perak




Pihak kementerian juga sudah memberikan taklimat kepada semua petugas kesihatan yang menjaga kaunter.


“Ini bagi memastikan saringan serta pemantauan dijalankan dengan lebih efektif.


"Saya sudah menonton video yang ditularkan itu. Ternyata ia memberi satu perspektif yang tidak baik kerana tidur dan bermain telefon bimbit di kaunter berkenaan.

"Bagaimanapun saya tidak mengetahui keadaan sebenar. Jika kita bersangka baik mungkin pegawai yang sedang tidur itu sakit atau sebagainya. Namun tindakan pegawai yang bermain telefon bimbit itu tidak boleh diambil mudah,” katanya.


Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan dua pegawai di kaunter imbasan terma sedang tidur dan bermain telefon bimbit ketika bertugas.


Masyarakat menyatakan rasa bimbang jika kemasukan pelancong asing tidak diawasi boleh membawa penyakit berjangkit kerana tidak disaring sebaiknya. - CARI
Quote Kurex 13-1-2020 06:44 PM
kena ada audio.....
Quote armin 13-1-2020 07:10 PM
Penyakit berjangkit tu sbb pati bkn kt klia sbb xde sape pantau pati2 tu vaksin ke bawak penyakit ke apa masuk malaysia
Quote CiliPadiSedap 13-1-2020 07:40 PM
cadangan kaka yang pati tiada vaksin boleh buat satu taman perumahan dengan mangkuk hayun yang anti vaksin di malaysia.

teringat dulu di afrika ada doula mangkuk hayun tak mampu lawan hujah2 doctor pakar

dia sembang ambil statistik dulu2 ramai bidan, ramai xmati bila lahir kt rumah sedangkan dia pun takde fact and figure  statistik ibu bersalin yang mati. kalau ibu tumpah darah tak cukup darah takkan nak minta kat stesyen minyak? kena minta kt hospital juga kan sebab hospital ada bekalan darah.

statistik kematian rakyat malaysia dipegang pdrm dan kementerian kesihatan, jadi toksah nak berangan ada kementerian doula yang boleh keluarkan statistik kematian ibu bersalin

kebodohan itu memang percuma tapi tak perlu di pertontonkan khalayak umum

kepada ibu2 yang nak bersalin percaya dan hargai jasa KKM, kalau ada bajet lebih pergi hospital swasta untuk dapatkan rawatan doctor yang sama jantina .

kepada ibu2 yang nak doula, hargailah kepakaran doktor2 di malaysia, mereka bukan nya ahli nujum atau pun tukang tilik yang belajar dari youtube lepas tu claim diri sendiri pakar.  mereka tahu jenis darah, tanda air ketuban dah pecah, tanda baby songsang dan macam2 lagi.


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.151040 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top