Video Aliff Aziz tular lagi dan kali ini dia dilihat sedang bertengkar dengan beberapa individu. Difahamkan kejadian berlaku di sebuah restoran di Singapura.
Dalam rakaman yang dimuat naik di Facebook Official_Fidz itu, Aliff bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata kesat. Tak cukup dengan itu, bekas suami kepada Bella Astillah ini dilihat membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya. Dia juga dilihat mengamuk sambil membaling kerusi ke arah individu tersebut. "Lu panggil lu punya bos turun,"katanya. Walaupun ada yang cuba untuk menenangkan, tapi Aliff langsung tak hirau. Nampak macam tengah 'high' dadah pula kata netizen. Setakat ini belum ada lagi sumber sahih tentang punca pergaduhan tersebut. Apa nak jadi ni Aliff? -CARI
|
ADVERTISEMENT