CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Struggle Belajar & Shooting" - Ben Ali Bangga Nadiyah Shahab Tamatkan Ijazah Perundangan

24-1-2020 10:56 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 11702| Komen: 43|Original author: Vanilla Thunder





Aktres jelita kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab pernah mencuri perhatian netizen dek kerana penampilan dan wajahnya yang persis Barbie Doll.



Kredit:Instagram


Kredit:Instagram


Kredit:Instagram


Selain bergelar pelakon setelah membintangi drama Asalkan Dia Bahagia dan Suamiku Mat salih Celup, wanita ini turut aktif menjadi model sambilan dan mengacara travel show seperti Lost at Sea terbitan Astro.


Namun siapa sangka di sebalik wajahnya yang cantik, Nadiyah juga merupakan seorang co-founder kepada perniagaan  bakeri Absolut Chocolat yang diusahakan  bersama suaminya  dan turut gigih menimba ilmu dalam bidang perundangan di University of London.



Lebih hebat lagi, Nadiyah telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tujuh tahun bergelut dengan shooting dan pelajaran serta menguruskan bisnesnya. Tidak dinafikan, belajar sambil bekerja memang agak sukar. Tahniah Nadiyah Shahab!





Lantaran itu, suaminya, Ben Ali telah memuat naik pos di Instagram berbentuk penghargaan sekaligus meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian isteri tercinta setelah berlangsungnya majlis konvokesyen yang berlangsung tanggal 11 Januari 2020 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan turut menyaksikan Nadiyah memperoleh second class honours in Law Degree dari University of London.




Menerusi laman Instagram suaminya, Ali Nadzwan sempat berkongsi perjuangan Nadiyah Shahab dalam menamatkan pelajaran selama tujuh tahun.


"To my wife Nad, walaupun ambil masa 7 tahun untuk habiskan Law Degree. Penantian ini sangat-sangatlah berharga dan berbaloi. Ini semua untuk family dia kata. Bukan untuk dia. Seluruh kaum keluarga meletakkan harapan yang tinggi untuk nak tengok dia berjaya dalam pelajaran. Tapi bukan senang nak capai. Disebalik gambar berjayanya dia ambil ijazah ni, ada cerita"


"Di Singapura, it's all about how far you can go in Education. Kejayaan dalam pelajaran itu penting. But belajar sambil bekerja untuk cari pendapatan sendiri pun bukanlah 1 benda yang mudah. Mula-mula kenal Nadiyah dulu masa baru datang KL, dia cuba untuk cari peluang di KL"


"Alhamdulillah peluang di KL lebih luas dan cerah. Struggle sebenarnya nak bahagikan masa untuk belajar dan shooting. 1 tahun cuma boleh ambik 2/3 paper sahaja. Paper subjek undang-undang ini bukanlah mudah. Nak kena bagi fokus dan tumpuan yang tinggi"


Walaupun berdepan kesukaran dan adakalanya menangis akibat tertekan dan hampir berputus asa namun apabila dipujuk untuk memberhentikan pengajian, Nadiyah tetap cekal meneruskan pengajiannya kerana mahu mengutamakan keluarganya yang telah berhabis ribuan ringgit demi pelajarannya.


Nadiyah mengakui dia mengambil masa yang lebih lama iaitu tujuh tahun bagi menghabiskan pengajian yang sepatutnya tamat dalam masa empat tahun.


 "Tapi dalam masa tujuh tahun itu, saya buka sebuah syarikat, mula ceburi bidang peragaan dan pengacaraan serta lakonan. Malah saya juga berkahwin!" tulisnya di Instagram.


Nadiyah turut bercerita di Instagram bahawa dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja disebabkan jadual yang tidak masuk akal selain perlu berulang-alik ke Singapura  setiap bulan bagi mendapatkan nota utuk kelas yang ditinggalkan sehingga membuatkan dia terlepas beberapa parti dan  acara demi  menumpukan fokus sepenuhnya terhadap pelajaran.


Dalam perkembangan lain, pasangan yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada November 2019 itu kini sedang sibuk mengembangkan perniagaan hasil usaha sama dalam bidang pastri dan kek yang diberi  nama Absolut Chocolat.






Tahniah diucapkan kepada Nadiyah Shahab dan semoga berjaya dalam apa jua  bidang yang diceburi.- CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 24-1-2020 11:08 AM
Tahniahh...
Quote buapakperut 24-1-2020 11:40 AM
tahniah safiey
Quote Melur1 24-1-2020 11:49 AM
tahniah chuolls
Quote Atiesha 24-1-2020 11:51 AM
Tahniah...muka dia ni fake ka ori?
Quote mieymiey 24-1-2020 11:59 AM
Dalam iols nak ucapkan tahniah, iols tetap nak lahar boleh?? Fakenyer muka ko sis.
Quote minguk 24-1-2020 12:04 PM
ooo singaporean ke cyst ni?
Quote lovelytouch 24-1-2020 12:07 PM
Who r yusssss? Shuuhh
Quote husna_amal 24-1-2020 12:09 PM
Tahniah. Makeup tebal je buat dia nampak macam barbie dol
Quote tagas 24-1-2020 12:12 PM
time jd pengacara travel asean astro dulu kepam aje minah nih
Quote supermum 24-1-2020 12:30 PM
I selalu wonder kenapa dia perlu repair muka sedangkan dah cukup cantik. Untuk still pictures, ok muka dia. Kalau video, obvious sgt. BTW kwn i pernah try cake choc dia, rasa biasa katanya. Anis choc lagi sedap
Quote chicozinn 24-1-2020 02:33 PM
Lamanya 7 tahun..standard law dgree 4 thun je kalu buat double degree ie amik syariah baru 5 tahun..ke wat part time?btw uni of london tu memang wat konvo kt klcc ke?sbab masa aku keje convex dulu slalunya yg buat konvo kat klcc ni kolej @ uni swasta..fishynye uni dia ni..
Quote chicozinn 24-1-2020 02:34 PM
Laki dia ni kepam pas kawen..muka da cam baki zainal yg melayu boleh ckap cina tuhhh
Quote RatuDunia94 24-1-2020 10:16 PM
Legit ke U sheols tu.. just asking.
Quote fuyupoktek 24-1-2020 11:02 PM
Xleh sunguh tgk pempuan ni lalu lalang kt ig. Muka palsu gila and yass mcm safiey hahaha
Quote timah03 24-1-2020 11:18 PM
Edited by timah03 at 24-1-2020 11:20 PM

So keputusan okey ke tak.....
Okey..dah baca...dapat 2nd class....
Quote munchkin 25-1-2020 04:43 AM
Muka asal lawa. Mak dia lawa. Masa jadi hos travel asean minat angat. Tak kekok masuk tempat2 berlumpur.

Anyways dia articulate. Kek dia pun sedap. Tak manis. Hehehe.

Downside. Nobody jawab message bila org tanya pasal kek. And ada terus beli di kilang kalau tak silap. Pada i sangat tak elok bila customer berminat nak beli produk. Tidak diendah. I rasa tak cukup tangan depa ni
Quote zuri154 25-1-2020 05:02 AM
Laki sheols Ben Ali ni sapooooo??? Retis ka????
Quote fadz84 25-1-2020 06:09 AM
University of London ni ada campus kat Malaysia ke? Tanya google mcm xde. Tp student boleh ambil program University of London ni kat kolej swasta mcm Segi, Brickfield College, Help, KDU, etc.
Quote de_ikea 25-1-2020 06:52 AM
Kerana ada nmpk mcm rupa konvo betul. Iols ucapkan tahniah. Ok lah dr takde mcm kakya kan...

Btw kek charcoal salted egg diorg sedap tak? Iols teringin nk mkn sekeping, bukan sebijik

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048532 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top