CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kau Ingat, Ni Dekat Neraka Ke Boleh Bakar-Bakar Isteri?" - Suami 'Syaitan' Bakar Isteri Sendiri

13-1-2020 11:49 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 3239| Komen: 7|Original author: Amir Arsyad

Foto Kredit: Mstar

Perkahwinan yang disangka akan bahagia selamanya, hanyalah mimpi ngeri bagi Florencia Coria, 27 tahun. Mangsa yang tinggal di Santa Fe, Argentina mengalami lecur 90 peratus pada badannya. Apa yang terjadi sebenarnya?

Saudara Florencia Coria yang melihat kejadian, mendakwa suami wanita ini, Cristian Cabrera, 42 tahun telah bertindak mencurah alkohol sebelum membakar mangsa.

Merujuk Mstar, terdakwa yang juga merupakan suami kepada Florencia Coria kini berada di bawah tahanan rumah atas dakwaan melakukan jenayah.

Malah, Cristian Cabrera juga dimasukkan ke hospital akibat melecur pada tangan dan jari.

Namun, malang bagi Florencia, dia menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kecemasan Clemente Alvarez selepas sepuluh hari kemudian.


Cabrera yang gagal menghadirkan diri di makamah dan bertindak melarikan diri dari rumah telah ditahan oleh polis di bandar Estanislao Lopez.

Hai! Apa nak jadilah dengan dunia sekarang. Kekerasan lebih menjadi pilihan dalam menyelesaikan masalah. Tuhan tak jadikan otak untuk diperam. Gunakan akal dengan bijaksana. - CARI 

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melur1 13-1-2020 11:59 AM
Kejam nye. Nak lari dari mahkamah pulak tu
Quote QueenIsolde 13-1-2020 12:06 PM
Klu tak silap, hukuman bakar ni tak boleh digunakan utk apa jua kesalahan kt dunia. Sbb ni adalah hukuman Allah kpd makhluknya kt akhirat.
Quote mayaalisa 13-1-2020 04:02 PM
memang makan tapak kaki kalau jadi suami saya.
Quote Nt-ViruS 14-1-2020 12:23 PM
nasib baik mati. bayangkan betapa seksa nak teruskan hidup 90% burned.
Quote Artemesiaa 14-1-2020 04:05 PM
Kejamnya perbuatan harap dapat hukuman setimpal
Quote buapakperut 11-2-2020 08:19 PM
kejinya jantan ni kena rasuk demon ke apa, isteri yang ko kahwini ko bakar pulak macam daun kering. kalau pun gaduh,
Quote sukacactus 12-2-2020 07:10 AM
Smlm isteri yg kena kelar tu cantik
Arini isteri yg kena bako pun cantik jg...haish!
Buat rugi je rupa lawa2 terkawin dgn suami gila

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051412 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top