"Saya masih waras! Soal nyawa ini bukan benda main-main. Komen melampau macam ni buat saya geram."
Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro terkilan apabila segelintir pihak tidak sensitif menuduhnya mempergunakan keadaan adiknya bagi meraih simpati pengundi untuk kumpulannya di malam final Maharaja Lawak Mega MLM) 2019. Gempak melaporkan, anggota kumpulan Rare itu menyifatkan individu terbabit tidak sensitif dengan kesulitan dihadapi orang lain.
"Orang yang macam ni saya anggap tidak sensitif dengan orang lain. Apa relevannya saya menggunakan adik yang sedang dalam keadaan tidak berdaya untuk kepentingan sendiri?" luahnya kepada Gempak. Ajak sebelum ini berkongsi gambar dan keadaan adiknya, Mohd Fitri Razak yang mengalami kemalangan di tempat kerja hingga menyebabkan dia melecur tahap dua. Difahamkan, kemalangan berlaku selepas silinder gas meletup ketika dia sedang membaiki penghawa dingin bangunan di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang Khamis. Keadaan Fitri bagaimanapun dikatakan sudah stabil dan menunjukkan tanda positif.
"Adik saya tinggal di Cheras bersama keluarga dia. Kebetulan dia di Klang dan buat kerja di sana dengan kawan dia. "Masa tengah buat kerja itulah gas meletup, dia suruh kawan dia keluar sementara dia masuk semula ke dalam bangunan untuk menutup suis utama. "Jadi, masa itulah api menyambar. Tapi kalau dia tak tutup suis mungkin letupan besar akan berlaku," katanya menceritakan semula kejadian menimpa adiknya itu.
Dalam masa sama, Ajak akui akur apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kelima MLM 2019 serta berterima kasih atas kerja keras ahli kumpulannya, Pak Ya dan Ropie. Siapalah dengki sangat cakap macam tu? Semoga adik Ajak kuat semangat dan cepat sembuh. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|