CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kami Dah Cuba Sedaya Upaya Selamatkan" - Jaclyn Victor Akhirnya Bercerai

12-1-2020 09:51 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 31331| Komen: 170|Original author: Oleh: VanillaThunder


Nampaknya, tahun 2020 dimulakan dengan keruntuhan rumah tangga satu lagi pasangan selebriti iaitu antara penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor dan suaminya, Shawn Rivera yang juga merupakan seorang vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ yet, sekali gus mengakhiri perhubungan mereka yang terbina sejak lima tahun lalu.

Berita duka cita itu diumumkan sendiri oleh Shawn, 48, menerusi catatan terbaharunya di Instagram dan Facebook miliknya, pada petang Sabtu, 11 Januari lalu.



Menurut Shawn lagi, dia dan pasangan sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Namun, Shawn menyatakan tidak kira apa sekalipun yang berlaku antara mereka berdua, beliau tetap menyayangi keluarganya itu dan turut memohon agar semua pihak dapat menghormati situasi mereka sekaligus meminta agar masing-masing tidak diganggu.

Shawn bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar perceraian mereka, jauh sekali mahu menuding mana-mana pihak terhadap keputusan terbabit.

"Cabaran bergelar selebriti adalah kami terdedah dengan tanggapan terbuka daripada masyarakat. Sebagai manusia biasa, sudah jadi kebiasaan untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain berdasarkan perspektif terhad kita",  tulisnya.

Bimbangkan anak-anak mereka akan terluka dan terkesan dengan penceraian tersebut, mereka memilih untuk tidak membuka pekung di dada mahupun menyalahkan mana-mana pihak di atas perpisahan  tersebut.



Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 11-1-2020 04:01 PM
Mmg susah sebenarnya bila pjj ni
Kena masing2 betul2 kuat
Yg menghadapinya je yg paham
Quote doubleA 11-1-2020 04:06 PM
Oh 2 dah anak jac rupanya. Takziah
Quote fliphair8 11-1-2020 04:09 PM
Siannya...jac ni kat mesia job banyak....laki plak kat us nun....mmg payah ler...

Jac, siler file child support kaw2....kat us nun kalo fail child support masuk lokap.... kat mesia jek ex laki bole kawin lagu gilang gemilang tapi duit anak x penah bagi
Quote bambimo 11-1-2020 04:10 PM
Ada bayang kekacakan pd anak sulung dia ni
Quote toynme 11-1-2020 04:12 PM
comel anak2 dia
Quote beta_carotene 11-1-2020 04:12 PM
Takziah jac.. Mungkin perbezaan budaya pun main peranan

Kesian anak2 comel sheols kecik2 Mak ayah dah bercerai..
Quote nolya 11-1-2020 04:13 PM
Cantik anak2 Jacq..
Quote timah03 11-1-2020 04:14 PM
Why..............suka dgn couple ni....
Dah 2 rupanya anak dia....ingat sorang je....
Dia dgn misha je kan artis yg lepas 1 week bersalin terus perform lagu tinggi....
Quote Acikgomen 11-1-2020 04:19 PM
Kalo jac tuh kaum meleis, mesti makbapak jac dah bising2 soh heshe berenti je nyanyi kat mesia nih pi je lah ikut hasbebi dok Amerika sana haaa
Voley heshe tayang2 kehidupan sebagai rakyat US kat ig
Mesti ramai peminat kagum
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:19 PM
Takziah. Moga boleh terus bersahabat baik demi anak2.

Anak buah kawan akak (boy), baru tahun ni masuk pra sekolah. Sangat manja dengan cikgu lelaki pra sekolah tu, selalu minta dukung. Know why? Bapak hanjeng dia tak pernah wujud dalam hidup dia.
Quote HannahMontana 11-1-2020 04:23 PM
dua_chzy replied at 11-1-2020 04:19 PM
Takziah. Moga boleh terus bersahabat baik demi anak2.

Anak buah kawan akak (boy), baru tahun ni m ...

Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko Chazey persis mulut-mulut puaka celaka .

Aku terserempak dgn komen-komen ko ,sungguh-sungguh celaka  lahanat mulut ko Chazey.

Aku merasakan ko ibu tunggal yang sikap protective ko sgtlah tinggi.

Ko mampu bunuh jiwa jantan yg cuba memperlekehkan ko.

Org mcm ko sesuai dgn jantan mulut celaka mcm Donald Trump.Cthnya saja.



Quote Minyakyuyi 11-1-2020 04:26 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:23 PM
Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko C ...

caya la kak senahhh
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:32 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:23 PM
Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko C ...

Bongok ko Hannah, hahahaha!
Quote mawarputih2612 11-1-2020 04:34 PM
aduhai kenapa
anak sulung dia sebaya anak sulung aku
harap dia kuat
aku tak terbayang  nak jaga anak tgh lasak gitu tanpa suami
Quote tuberoses 11-1-2020 04:42 PM
timah03 replied at 11-1-2020 04:14 PM
Why..............suka dgn couple ni....
Dah 2 rupanya anak dia....ingat sorang je....
Dia d ...

dugaan pjj....
masa sukan ke event apa ntah kt bukit jalil, dia perform utk pembukaan, iols baca dia baru je brape hari beranak anak kedua da trus ada job....ntah bila pregnant tau2 da beranak...



Quote HannahMontana 11-1-2020 04:43 PM
dua_chzy replied at 11-1-2020 04:32 PM
Bongok ko Hannah, hahahaha!

Aku puji ko ,ko bongok kan aku Chazey.

Lahanat ko Chazey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:49 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:43 PM
Aku puji ko ,ko bongok kan aku Chazey.

Lahanat ko Chazey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ye la, hahahahaha! Hapo taip gituh, choih!
Quote dani-rox 11-1-2020 04:50 PM
takziah. ai baru tahu laki Jaclyn ahli Az Yet. lagu dia org ni la ai paling suka

[youtube]Ij0bj7SpP0w[/youtube]

(ex) hubby beliyaw yg paling kendu dlm kump. tuh kot.
Quote HannahMontana 11-1-2020 04:59 PM
Aku xberminat dgn perkahwinan PJJ ni.

Tak menguntungkan kita sebagai isteri jika berkahwin  sebegini.

Aku xde kesabaran menanti atau menunggu.

Aku xsuka besarkan anak-anak sendirian berhad sebegini,;ebih baik aku buka syarikat dan bebas merdeka daripada PJJ sedangkan suami  kesayangan ko boleh saja balun ,2,3,4  jauh dari pengetahuan ko atau dia beritahu ko dan ko mati makan hati dan dia happy happy saja.

Aku mudah buruk sangka dgn perkahwinan PJJ.

Aku boleh cintakan lelaki tetapi aku tidak suka  perkahwinan dan rasa cinta aku menjadikan aku tongong.

Perkahwinan PJJ ini adalah kecelakaan besar utk si isteri.

Sudahlah diri di akad ,berjanji dalam perkahwinan yang megikat dan ko tidak merdeka diri.

Kini si suami yg sepatutnya menjaga keselamatan ko berada jauh dan ko jagalah diri ko sendiri dan hanya menjadi telaga yang menadah air dikala laki ko datang melawat ko  bilamasa dia boleh pulang ke pangkuan ko.

Bukan semua lelaki berkahwin jahat tetapi bila jauh dari isteri mrk akan termakan kata-kata lelaki xsalah poligami.

Aku xsuka diseksa .Jika aku terasa seperti diseksa ,aku akan pastikan ko berada dineraka ciptaan aku sendiri. Aku mesti sentiasa tersenyum. Sebab aku bukan nak bunuh ko dalam keadaan marah.

Demikianlah ,sedikit pandangan Diknah terhadap perkahwinan PJJ.

Masih ada yang nak mengorat Diknah??????????

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.098718 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top