Pelakon cantik dan juga seorang ibu Nora Danish menyimpan hasrat untuk membawa watak samseng jika diberikan peluang. Luahan Nora itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, baru-baru ini.
Namun, ramai yang melontarkan pendapat negatif bahawa wajahnya yang comel itu tidak sesuai langsung untuk membawa watak ganas. Menurut Nora, dia teringin untuk membawa watak berkenaan sebaik saja habis menonton filem Young & Dangerous 3. "Lepas tengok 'Young & Dangerous 3' lagi sekali, teringin Nak bawak watak chicken.
"Siapa setuju saya bawa watak samseng? Watak ganas la pulak please," tulisnya di IG. Namun, ada juga peminat yang tidak sabar untuk melihat Nora membawa watak tersebut walaupun mukanya yang agak comel macam baby facei. Jadi, apa pendapat anda? Nora Danish bakal kembali membawa watak Anis menerusi filem aksi Polis Evo 3 dan penggambarannya telah bermula, baru-baru ini. Semoga Nora Danish terus berjaya dan kurangkan kontroversi. - CARI
|
balakkampung replied at 11-1-2020 02:53 PM
kalau jadi samseng muka nak kena huduh ker?..hello..kalau kat real life lagi banyak samseng yg muka ...
"Lepas tengok 'Young & Dangerous 3' lagi sekali, teringin Nak bawak watak chicken.
"Siapa setuju saya bawa watak samseng? Watak ganas la pulak please," tulisnya di IG.
budakpink replied at 11-1-2020 11:58 PM
Baby face apenye.. Nampak dah penuaan tu. Mmg la cute tapi baby face tu idok ler
ADVERTISEMENT