CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tiga Didenda Rm3,900 Tipu Pengeluaran Kwsp

11-10-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10709| Komen: 77

Description: Nik Affendi Berkata Ahli Pertama Dari Kajang, Selangor Didenda Rm2,000 Atau Penjara Empat Bulan Sekiranya Gagal Membayar Denda Manakala Kedua-Dua Ahli Berikutnya Berasal Dari Kuala Lumpur Masing-Masin ...



KUALA LUMPUR - Tiga ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didenda atas kesalahan menipu pengeluaran perumahan pada suku tahun ketiga 2013 (S3 2013).

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata ketiga-tiga ahli itu disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991 dan didenda sebanyak RM3,900.

"Ketiga-tiga ahli itu telah memalsukan dokumen sewaktu melakukan pengeluaran perumahan daripada akaun KWSP mereka. KWSP memandang serius kesalahan penipuan pengeluaran. Ahli KWSP seharusnya sedar kesan daripada tindakan sedemikian yang juga menyusahkan mereka kelak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata ahli pertama dari Kajang, Selangor didenda RM2,000 atau penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda manakala kedua-dua ahli berikutnya berasal dari Kuala Lumpur masing-masing didenda RM900 dan RM1,000.

Di bawah Akta KWSP 1991, mana-mana ahli yang didapati bersalah menipu pengeluaran akan berhadapan dengan penjara sehingga tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Nik Affendi mengingatkan ahli KWSP bahawa cubaan untuk mengaburi mata KWSP tidak akan berkesan kerana KWSP dilengkapi sistem yang boleh mengesan dan mengenal pasti ahli yang cuba mengeluarkan wang dengan cara yang salah.

"Mana-mana ahli yang telah mengembalikan wang yang telah dikeluarkan itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hanya dibenarkan memohon untuk membuat pengeluaran yang sama dua tahun selepas wang tersebut dikembalikan," katanya.

Beliau berkata, ahli yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak untuk membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.

"Ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang mereka, dengan syarat mereka telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan, dinasihat untuk berurusan terus di mana-mana cawangan KWSP," katanya.

Kepada sesiapa yang ingin melaporkan sebarang kegiatan atau percubaan menipu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di talian 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sriwanis 11-10-2013 08:52 AM
Yg kantoi audit bila nk heret....???
Quote MengkuduMasam 11-10-2013 09:00 AM
Beliau berkata, ahli yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak untuk membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.


senang je KWSP dpt duit....
Quote BeeHaa 11-10-2013 09:01 AM
Nak kuarkan duit kwsp sendiri pun terpaksa menipu..pastu kena denda lagi plak tu..
Quote ctaz 11-10-2013 09:03 AM
MengkuduMasam posted on 11-10-2013 09:00 AM
senang je KWSP dpt duit....

tak logic benda tu sebenarnyer....
duit tu pencarum yg punya....
senang2 jer mintak ganti...kalau tak ganti...semua duit dlm simpanan pencarum tu burn....
perghhhhhhhh.....


Quote sapp73 11-10-2013 09:04 AM
Beliau berkata, ahli yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak untuk membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.


tipu duit sendiri pun keras sangat hukumannya...apa hak KWSP nak halang orang buat pengeluaran kalau tak pulangkan amaun ni...tolak saja wang dari akaun pencarum
Quote MengkuduMasam 11-10-2013 09:11 AM
ctaz posted on 11-10-2013 09:03 AM
tak logic benda tu sebenarnyer....
duit tu pencarum yg punya....
senang2 jer mintak ganti...kala ...

kan.... duit yg jd kes dlm RM1000... tak bayar.. tau tau caruman ko dari awal bekerja dlm 300-400k burn gitu...


kene 10 org da dpt 4 jota....
Quote mziskandar 11-10-2013 09:11 AM
cukup2 la menyamun...
Quote Anakdesa 11-10-2013 09:15 AM
Tu la pasal.... Macam ada yg tak berapa betul disini... Duit kepunyaan sendiri, tapi punyalah susah nak dikeluarkan.... Dah tu kena pulak hukuman utk pengeluaran duit sendiri... hehe..

Sabo aje la... Dah duit tu dikhaskan utk simpanan hari tua... Gomen tak mau menanggung korang bila dah tua nanti... Kalau tak dipaksa menyimpan, gerenti joli sakan... hehe...

Tapi tak patutla kalau hukuman keras dijatuhkan... apatah lg kalau jumlah denda melebihi jumlah yg dikeluarkan. Duit tu pun gomen dah pakai utk melabur sana sini.... tanpa kebenaran tuanpunya duit ponnn...
Quote sapp73 11-10-2013 09:17 AM
MengkuduMasam posted on 11-10-2013 09:11 AM
kan.... duit yg jd kes dlm RM1000... tak bayar.. tau tau caruman ko dari awal bekerja dlm 300-400k ...

menindas pun ada ...kenapa tak tolak saja amaun 1000 tu dari account pencarum

Quote mixed 11-10-2013 09:19 AM
Aiik tipu sikit jer

Yg akan hilang duit yg dh carum, berpuluh ribu atau beratus ribu hilang sebegitu sajok
Seperti biskut chipmore

Pelik pelik senang nk kalur duit kwsp undang2 apakah ini setannnnn
Quote haryatie 11-10-2013 09:20 AM
pas2 staff KWSP bukan main byk dpt bonus berbulan bulan..
Quote Anakdesa 11-10-2013 09:27 AM
Aku pun tengah ligat berfikir camne nak keluarkan duit dari akaun 2 tu..... hehe

Dahlah interest rendah.... Baik bawa keluar melabur kat tempat lain...
Quote zach2008 11-10-2013 09:30 AM
Beliau berkata, ahli yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak untuk membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.

Aku rasa frasa kat atas tu bermaksud, mana2 ahli KWSP yg meniou dan tidak memulangkan semula amaun yg ditipu tu akan hilang hak untuk membuat pengeluaran perumahan utk selama2nya. Maksudnya dia tidak boleh lagi membuat pengeluaran perumahan hanya boleh keluar  wangnya untuk tujuan lain yg dibenarkan atau pengeluaran penuh bila cukup tempoh.

Dahsyat malaysia ni, tipu wang sendiri menjadi satu kesalahan yg besar. Tapi salah guna dana awam bukan satu kesalahan pulak...
Quote nurfariezza 11-10-2013 09:31 AM
sriwanis posted on 11-10-2013 08:52 AM
Yg kantoi audit bila nk heret....???

kan...yg ni kire cm tipu duit sndri je...
yg dok tipu duit org lain lmbt btol nk di ambil tndakan..
xsbar da i nk tgu...
Quote batman_2007 11-10-2013 09:32 AM
Uihh. Semoga celaka lah yg biasa mnyamun duit rakyat. Ni duit sendiri pun jd kes gini.
Quote prettyuglybabe 11-10-2013 10:03 AM
sapp73 posted on 11-10-2013 09:04 AM
tipu duit sendiri pun keras sangat hukumannya...apa hak KWSP nak halang orang buat pengeluaran k ...

sy pun setuju. tolak saja la dari akaun pencarum. kalu nak bagi keras sikit, tolak double or triple dari amount duit yang diambil. baru la orang berfikir nak menipu duit sendiri.
Quote sapp73 11-10-2013 10:08 AM
prettyuglybabe posted on 11-10-2013 10:03 AM
sy pun setuju. tolak saja la dari akaun pencarum. kalu nak bagi keras sikit, tolak double or tripl ...

sepatutnya begitulahkan

Quote liyanur 11-10-2013 10:26 AM
kdg2 kesian dgn org yg terdesak nk pakai duit ni....
nk buat loan x boleh...ada epf blh tgk jer...
x blh ker epf buat stail bank bg loan kat ahli utk pinjam duit sendiri...
byr la cam bayar kat bank tp interest jgn ikut bank sbb duit sendiri kan....
Quote a_gen2 11-10-2013 10:29 AM
ctaz posted on 11-10-2013 09:03 AM
tak logic benda tu sebenarnyer....
duit tu pencarum yg punya....
senang2 jer mintak ganti...kala ...

akai2 Zalim camni biasanya dtg dr UMNGOK..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065699 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top