Seorang wanita mendakwa hidungnya digigit oleh bekas teman lelakinya hingga putus dalam satu pergaduhan dalam bilik air di kediamannya di Toronto, Kanada.
Memetik laporan Mirror, Allyson Danylko, 24 berkata dia dan bekas teman lelakinya, Nick Grewal bertengkar di sebuah kelab malam pada sambutan Tahun Baru sebelum ia bertukar menjadi semakin serius ketika pulang ke rumah. Wanita ini berkata, lelaki itu cemburu dengan rancangannya untuk bercuti ke Costa Rica tanpa dirinya. "Dia tidak mahu saya pergi ikut serta percutian itu. Dia bertindak melampau apabila menggigit hidung saya hingga putus. "Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans," katanya.
Mangsa juga percaya lelaki berkenaan sudah menelan cebisan hidungnya mahupun membuang ke dalam mangkuk tandas kerana anjing pengesan tidak dapat menemuinya. Wanita ini juga dijangkan membuat pembedahan bagi membaiki hidungnya dengan menggunakan kulit di bahagian telinganya. - CARI
|
ADVERTISEMENT