Kisah ular yang terpaksa dibunuh oleh sekumpulan petugas kaji bumi di hutan Tanjung Lutong, Lingga gempar di media sosial. Ular sepanjang sembilan meter dan anggaran berat setengah tan itu dibimbangi mengancam nyawa mereka. Rentetan itu, warganet turut memberi pandangan yang pelbagai, ada yang menyokong tindakan tersebut dan ada juga yang menentang dengan alasan mengacau habitat mereka. Persoalannya benarkah begitu?
Bagi yang berpendapat ular itu tidak wajar dibunuh menegaskan yang manusia lah sebenarnya bersalah kerana memasuki habitat mereka. Jadi, mengapa pula tuan tanah yang perlu dihapuskan? Namun, ia mendapat tentangan dari mereka yang memahami bahawa dalam situasi genting, menyelamatkan diri lebih penting dari segalanya. Sementelah lagi, spesies ular sawa sebesar itu juga didakwa mengancam ekosistem hutan kerana saiznya yang mungkin mengancam haiwan lain. Namun, ia masih tidak memuaskan hati golongan ini kerana bagi mereka, masih ada cara lebih baik selain membunuh haiwan itu. Tetapi ianya telah diterangkan dengan fakta yang sebenarnya. Apa pun, kita yang tidak berada di situasi mereka mungkin hanya boleh memberi pandangan sahaja. Mereka yang berada di hutan lah lebih faham dengan risiko tersebut. Jadi, kena turun padang lah baru tahu ancaman yang sebenarnya, ye tak? - CARI |
chicozinn replied at 9-1-2020 02:39 PM
jap time tu ade rentung x?sebab kalu ada ular dengan rentung baik bunuh rentung dulu..hehehehehehehe
pokaibanktokyo replied at 9-1-2020 06:44 PM
Dibunuh macam mana ? Pancung kepala ka? Kenapa tak tunjuk
Nt-ViruS replied at 9-1-2020 10:59 AM
dia katuk je kot. tengok video ritu kepala dia semua elok je xde terpisah dari badan ke hape.
Kakalongmu replied at 9-1-2020 12:31 PM
Jinjang suka makan ni..buat sup sedap katanya
ADVERTISEMENT