CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alhamdulillah"- Lisa Surihani Bersyukur Allah Pinjamkan Nikmat Penglihatan Buat Kali Kedua

6-1-2020 10:35 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 28928| Komen: 221|Original author: Vanilla Thunder





Sebagai hamba Allah, tiada  suatu pun nikmat yang ada pada kita akan kekal bahkan setiap satunya  hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa. 


Ini termasuklah kesempurnaan dari segi fizikal dan  mental  serta nikmat pancaindera seperti penglihatan yang mampu berfungsi dengan baik.

Namun bagi golongan yang  menghidap masalah rabun dan terpaksa memakai kaca mata sudah tentu impian terbesar mereka adalah untuk melihat kembali  dunia sekeliling dengan  jelas dan terang tanpa perlu bergantung kepada cermin mata mahupun kanta lekap yang menyusahkan dan mengehadkan aktiviti serta pergerakan seseorang. 


Menerusi laman portal Gempak, pelakon dan pengacara, Lisa Surihani dikhabarkan telah selamat menjalani  rawatan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun. 







Lisa  yang  menghidapi masalah rabun  terpaksa memakai kaca mata dan kanta lekap sejak kecil begitu sebak dan terharu setelah rawatan yang dijalaninya berjaya.






Untuk pengetahuan anda, Lisa telah menjalani kaedah rawatan yang digelar prosedur  RELEX SMILE iaitu singkatan kepada Small Incision Lenticule Extraction. Prosedur RELEX SMILE kini dikatakan kian popular berbanding kaedah rawatan LASIK yang sering digunakan dahulu berikutan masa penyembuhan (recovery time) yang lebih cepat.









Lebih menarik lagi, selebriti itu turut berkongsi kisah dan suasana  ketika menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi laman Instagramnya sehingga mendapat reaksi positif dari rakan selebriti dan peminat yang turut berminat untuk menjalani rawatan tersebut.


Menerusi video yang dikongsikan di instagram itu, Lisa berkata dia tidak menyangka keseluruhan prosedur cuma mengambil masa kurang lima minit tanpa mengalami sebarang kesakitan. Walaupun gementar, dia berasa cukup tenang dan selesa  sepanjang rawatan apabila ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof Muhaya yang sangat menenangkan. 


"Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua," luah Lisa dengan penuh kesyukuran menerusi video yang dimuat naik. 


Menerusi carian di Google ternyata kadah rawatan tersebut agak mahal jadi bagi anda yang rabun dan berhasrat untuk menjalani prosedur serupa bolehlah mengumpul duit dari sekarang.- CARI 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 6-1-2020 10:40 AM
Ayat macam dah buta sblm ni.
Huhuhuh, dosa aku ngumpat
Quote prettyuglybabe 6-1-2020 10:42 AM
rabun je kot..
bukannya buta tak nampak langsung
Quote Melur1 6-1-2020 10:43 AM
semoga cepat sembuh ye kaka lisa surirumah
Quote hudalarva 6-1-2020 10:46 AM
I pun nak ikut jejak surihoney... tp iols belum mampu
Quote inspiro92 6-1-2020 11:10 AM
hudalarva replied at 6-1-2020 02:46 AM
I pun nak ikut jejak surihoney... tp iols belum mampu

I  google dekat klinik lain dlm 11 ribu gitu. gamaknya pakai spec sampai tualah jawabnya kecuali ada rezeki lebih.
Quote armin 6-1-2020 11:23 AM
prettyuglybabe: rabun je kot..bukannya buta tak nampak langsung

Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn prof muhaya ni mau 10k?
Quote zulka 6-1-2020 11:23 AM
cakap la nak promote huhhh
Quote inspiro92 6-1-2020 11:28 AM
zulka replied at 6-1-2020 03:23 AM
cakap la nak promote huhhh

gitulah.ala2 ig review gitu.
Quote Delifrance 6-1-2020 11:30 AM
Boleh la buat utk anak aku bila dia dah abis college esok. Without specs she is actually as good as blind teraba2. Kes mak suh tido pi baca komik dlm gelap
Quote aleesyasofia 6-1-2020 11:33 AM
inspiro92: I  google dekat klinik lain dlm 11 ribu gitu. gamaknya pakai spec sampai tualah jawabnya kecuali ada rezeki lebih.


boleh tahan harganya.. kena menabunglah jwbnya..
Quote Tinot7 6-1-2020 11:33 AM
Dpt endorsement ke kalau promot giteww?

Prasaan musti mcm baby ni..
[youtube]-_Q5kO4YXFs[/youtube]
Quote cikatilia 6-1-2020 11:50 AM
gaya ckp mcm ilang bijik mata
Quote chicozinn 6-1-2020 12:00 PM
kalu undergo treatment belas ribu aku rela la pakai spek je ni..lagipun da 20 tahun aku pakai spek so takde la rasa ralat @ awkward sgat..
Quote clarizsa 6-1-2020 12:00 PM
I teringin buat
Tapi takut
Hmmmm
Quote adeqbun 6-1-2020 12:01 PM
armin replied at 6-1-2020 11:23 AM
Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn ...

stuju..ai rabun teruk...sape rabun je paham..ade duit semua bole jalan..
Quote kenari2101 6-1-2020 12:09 PM
ada banyak option nak buat ni
optimaz pun ada...
less then 10k pun ----tapi kena tunggu promotion lah

memang lain rasanya bila dah biasa terikat dgn spek tetiba dunia rasa cerah tanpa spek...
leceh pakai spek ni especially bila nak bersenam ke berenang ke..
nak bangun memalam tgk jam pun kena cari spek dulu..
Quote GegarVaganja 6-1-2020 12:16 PM
Edited by GegarVaganja at 6-1-2020 12:18 PM
armin replied at 6-1-2020 11:23 AM
Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn ...

Yup. Betul.
Nak jugak

Quote GegarVaganja 6-1-2020 12:23 PM
Harga Relex-Smile

Screenshot 2020-01-06 at 12.18.54 PM.png

Sumber: http://sallymzain.blogspot.com/2 ... -smile-bersama.html
Quote mizruncing 6-1-2020 12:29 PM
harap dah sembuh ni tak sombong mcm tak npk orang la ye

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.110152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top