CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Marah Kedai Serbaneka 24 Jam Tutup, Tapi Pemuda Ini Pula Disekolahkan Warganet

6-1-2020 10:26 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8442| Komen: 23







Tuduhan seorang pemuda mengenai pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam makan gaji buta berbalik kepada dirinya sendiri. Dakwanya dia ke sana pada jam 3.30 pagi untuk membeli beberapa barangan tetapi sangat kecewa apabila ia ditutup hingga jam 5 pagi. Walhal dia telah mengetuk pintu tersebut beberapa kali tetapi tiada siapa yang menjelaskan apa-apa menyebabkannya sangat marah.

Malahan tiada situasi seperti audit barang membuatkannya bertambah berang hingga mengambil keputusan menularkan peristiwa tersebut.

Kredit foto: Twitter


Menurutnya lagi, adalah satu kesalahan sesebuah kedai yang memaparkan dibuka 24jam tetapi hakikatnya ia ditutup beberapa jam dengan alasan tidak kukuh.


Twitter
Malangnya dia pula yang 'disekolahkan' oleh warganet yang memperjelaskan kemungkinan situasi tersebut. Ianya mungkin disebabkan beberapa faktor seperti sistem komputer yang bermasalah, kedai pernah dirompak, staf perempuan dan sebagainya. Namun, untuk menularkan perkara seperti ini adalah diluar kotak pemikiran, seolah-olah tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalahnya.


Google

Tidak hanya itu, ia mengundang kemarahan bekas pekerja kedai serbaneka tersebut yang menganggap pembeli seharusnya mempunyai empati dan bukannya sekadar melabelkan "makan gaji buta" tanpa mengambil kira alasan konkrit.


Google

Dengan pelbagai penjelasan ini, pemuda tersebut kemudiannya memohon maaf kerana menggunakan perkataan kesat kerana ketika itu, hatinya tengah panas. Lagi pula selepas kejadian tersebut, dia ke sebuah lagi kedai serbaneka sama tetapi cawangan berbeza dan mendapatkan apa yang dihajatinya.

Jadi, begitulah, jangan cepat melabelkan sesebuah situasi mengikut sedap mulut. Pastinya ada alasan kukuh mengapa kedai serbaneka ditutup. Aduhai, sekarang memang semua nak tular kan? Anda ada pengalaman yang sama? Jom cerita. - CARI 


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 6-1-2020 10:35 AM
yang suka amek gambo pastu viral dgn tak tahu hujung pangkal, tak ummah pprt mesti kampung people ulu banat datang bandar/pekan acah2 bijak. adan uke
Quote missinpiece 6-1-2020 10:54 AM
Bongokla hai semua benda nak viral.
Baru ni jumpa dua gegirl tolak moto tepi jalan, yg belakang tolak sambil rakam
Quote kucingitam 6-1-2020 11:11 AM
tapi memang betul lah salah kan. kau claim 24 jam, tapi tutup.

budak yg viral kan pun dah kata dia ketuk tapi takde org attend.

cuma dia sound makan gaji buta tu kot yang buat org marah, sebab tak tau hal sebenar.

yet, kalau ada system problem, better drg tulis je kat notice tu. system down ke hapa. idaklah mengundang cercaan
Quote awaynepian 6-1-2020 11:23 AM
Ada point jugak..sbb 7e claim yg 24 jam operasi..
Tp ayat dia so rude..so org marah
Quote cikatilia 6-1-2020 11:34 AM
semak gila tgk org manjang live tik tok etc

ko nak berjalan xpon xaman...
kena henti2 kang jalan2 tiba2 masuk plak dlm live depa
Quote Boomibulat 6-1-2020 11:51 AM
betul jgk kata dia tp kasar..
klu buka 24jam Jangan la bg pompuan bertugas shif malam..
Quote Artemesiaa 6-1-2020 12:19 PM
Dah tahu ada notis sebegitu yang nak angin buat apa cari jer ler kedai lain.  Tak kan tak ada kedai lain dikawasan lain yang masih bukak masa tu.  Kedai2 yang terletak dikawasan kurang ramai orang waktu lewat malam atau awal pagi selalu je bertidak macam tu mungkin juga atas faktor keselamatan pekerja.
Quote pokaibanktokyo 6-1-2020 12:31 PM
Sekolahkan ? dengan alasan bodo bodo.
Quote KiahFansuri 6-1-2020 03:47 PM
Dengan pendedahan ini, staff yang bertugas akan dikenakan tindakkan samaada dipecat atau ditukarkan ke store lain. Kesian weiii
Quote gerbera.memopad 6-1-2020 04:24 PM
KiahFansuri replied at 6-1-2020 03:47 PM
Dengan pendedahan ini, staff yang bertugas akan dikenakan tindakkan samaada dipecat atau ditukarkan  ...

Tapi kedai ada CCTV kan so without pendedahan ni pun bos mesti tahu apa yang staff buat kan? Kalau apa yang staff ni buat salah, mesti bos dah tahu dulu. Tapi aku rasa staff takkan berani-berani tampal notis macam tu kalau bos tak bagi green light.
Quote gerbera.memopad 6-1-2020 04:32 PM
Yang menegur pun, janganlah tak ada empathy langsung sampai tuduh makan gaji buta segala
Staff 7E yang reply last tu pun, amboi rempit sangat bahasa. Tahulah kerja hang tu bukan senang, nak kena hadap macam-macam perangai tapi boleh tak jangan mencarut? Siap makikan customer

Kesimpulannya, dua-dualah tak beradab.
Quote oranjes 6-1-2020 08:03 PM
Boomibulat replied at 6-1-2020 11:51 AM
betul jgk kata dia tp kasar..
klu buka 24jam Jangan la bg pompuan bertugas shif malam..

ni mungkin btul. tapi staf lelaki tempatan keje 2 hari cuti 5 hari... pastu ilang mmg tak cukup.sentiasa. mungkin keje malam kacau jadual racing?kalau bg bangla jaga marah plak ckp membelakangkan rakyat tenpatan.
Quote aderaderker 6-1-2020 09:08 PM
gerbera.memopad replied at 6-1-2020 04:32 PM
Yang menegur pun, janganlah tak ada empathy langsung sampai tuduh makan gaji buta segala
St ...

Kan.
Tak pasal2 disialkan orang.
Agaknya tanpa sumpah seranah maksud ayat dia tak sampai kut.
Quote AnggunSophea 7-1-2020 02:35 AM
Aku sebagai bekas store manager 7e suatu ketika dulu nak share jugak. Store / 7e yg aku jaga pernah ada masalah sampai tinggal 3 org je pekerja. Bayangkan satu hari ada 4 shift, setiap shift ada 2 staff. Mana nak rotate kalau tinggal 3 org. Punca staff ditangkap mencuri 4org kena sumbat balai.

Mesti ada yg cakap "apa susah, pinjam lah staff dari store lain". Kalau semudah itu senang lah. Tak masuk lagi staff perangai mcm tuutt nak datang taknak datang ikut suka abah dia je. Bukan semua orang kita boleh kerah tenaga dia kena buat OT.

Shift aku jaga office dalam tu 9-5ptg je. Tapi incase ada staff buat perangai, manager kena cover tanpa dibayar ye. Dengan rela hati. Aku last kerja dulu sebulan aku kerja dari 9pagi sampai 11:30malam. Dan 2hari sebelum aku resign, aku kena cover staff tak cukup. Aku masuk 9pagi sampai 7pagi esoknya. 22jam aku kena kerja. Staff 7e ni jarang kekal. Yang masuk jadi manager pun majoriti freshie, masuk sebab degree holder. Kerja dengan arak, gaji memang agak mahal untuk bahagian retail tapi tak berkat. Tapi, syarat nak kerja 7e memang diorang nak melayu / islam. Nampak tak?

Tapi sebenarnya sebelum manager rela hati cover, manager kena pinjam staff dari 7 biji 7e yang berada di bawah naungan yg sama di sekitar. Kalau manager lain kedekut taknak bagi pinjam staff, ko boleh je biar staff malam tu kerja sorang sorang tak kira dia laki ke perempuan. Lepastu biar dia kena rompak, biar dia terkial2 receive stock roti dtg pukul 5pagi, biar dia receive lori stock dari HQ 20-30 box besar pemeluk tu sorang, biar dia mengemop lantai dan cermin sorang, biar dia stock up air dalam chiller, keropok semua sorang. Boleh je kalau manager tu takda hati perut.

Atas alasan di atas maka manager atasan akan monitor staff melalui CCTV dan kena letak notis kat pintu tutup sampai 5pagi. Sebab lori hantar roti, uncle hantar Newspaper akan datang pukul 5pagi. Kalau staff tu sorang sorang perempuan takkan nak tulis notis "TUTUP SAMPAI 5PAGI, STAFF SORANG JE MALAM NI" atau "TUTUP SAMPAI SUBUH. STAFF PEREMPUAN JE MALAM NI". Itu menempah perompak namanya. Alangkan staff lelaki pun mudah mudah kena parang depan pintu.

Lagi satu, kalau korang nak tukar duit besar dan budak cashier tu jawab "Sorry bang / kak takda duit kecik. Kena tunggu kejap" korang ucap tahniah kat dia sebab dia sedang amal praktis sebenar 7e. Sebab kaunter tu limit cash ada RM30 je. Itu pun campur dgn syiling. Bila lebih kaunter tu akan berbunyi warning. Procedure 7e, perompak datang memalam ko lari je masuk office belakang. Biarkan dia rompak duit rokok segala. Sebab law utk staff, cashier limit RM30 dan malam2 rokok tinggal 2kotak je setiap row kat dinding belakang cashier tu. Ini utk elakkan kerugian besar. Kalau kita takyah tunggu lama bila tukar duit besar, cashier tu mesti dah langgar peraturan. 7e ni orang suka rompak, HQ terpaksa buat undang undang macam tu.

Sekian terpanjang lebar.

Quote Boomibulat 7-1-2020 08:10 AM
oranjes replied at 6-1-2020 08:03 PM
ni mungkin btul. tapi staf lelaki tempatan keje 2 hari cuti 5 hari... pastu ilang mmg tak cukup.se ...

bahay sebenarnya kje 7e ni..sblh tempat i cashier pnh kena tembak..tp x kena sipi2 je..
Quote hyie 7-1-2020 08:26 AM
AnggunSophea replied at 7-1-2020 02:35 AM
Aku sebagai bekas store manager 7e suatu ketika dulu nak share jugak. Store / 7e yg aku jaga pernah  ...

patutlah iols selalu nampak stok kotak rokok tak pernah penuh aje...kisahnya...tq untuk info nya ye...kekadang kalau iols sebut resit, diorang macam blur2...mungkin iols sebut salah kot hahaa...
Quote MissVixen 7-1-2020 08:37 AM
Kalau barang2 7e ni meriah dan harga tak jauh beza dengan kedai lain macam di negara lain, mesti ramai duduk makan atau beli barang dekat situ sampai ke subuh. Cashier pun takde la takut sebab ramai orang awam.
Quote asmara_me 7-1-2020 08:50 AM
kalau 7e yang kita dah biasa pergi or kawasan sekitar, memang ada yang tutup pintu depan tgh malam sampai pagi. so korang nak beli barang boleh, tapi kena minta kat staf, dia yang akan ambilkan. tapi mmg xde notis la, ni kalau dah tulis tutup, nak ngamuk ape lagi. 7e depan balai polis selamba je kena rompak.
Quote Cyempaka 7-1-2020 10:06 AM
dua2 pun nampak pendek akal (kata bodo marah pulak) pengviral dgn staff 7e yang reply tu sama je.
yg 1 sikit2 punya hal pun nak viral. boleh mati ke kau kalo 7e tu tutup? yg lagi 1, bagi alasan tutup sebab penat?? aku boleh terima alasan2 lain, sistem down la... staff pompuan takut la.. tapi alasan penat? siap maki hamun sepanjang ayat
helo dek, kau baru keje 7e dah bagi alasan penat..? belum suruh keje nelayan, petani lagi.

dua2 budak ni lambang generasi sekarang yang lemah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.081230 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top