Larangan penggunaan beg plastik oleh kerajaan Thailand yang melibatkan kedai utama di seluruh negara bermula tahun 2020 nampaknya telah mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyatnya. Kerajaan berharap dengan terlaksananya undang-undang baru tersebut akan memaksa rakyatnya berhenti menggunakan beg plastik yang bahaya untuk alam sekitar dan dapat menggalakkan mereka mencintai alam sekitar.
Namun, siapa sangka warga Thai dilihat tampil kreatif menggunakan apa sahaja bentuk barangan bagi menggantikan beg plastik ketika keluar membeli-belah. Menerusi laman maya, rakyat di negara itu telah berkongsi gambar bagaimana mereka membuat pembelian tanpa beg plastik sehingga tular. Lebih menarik lagi, pelbagai aksi dan gelagat lucu dirakamkan oleh warga Thai ketika mereka keluar membeli-belah. Walaupun ramai menggunakan beg kitar semula seperti yang disarankan, terdapat beberapa individu menggunakan barang yang tidak sesuai bagi menggantikan beg plastik. Manakan tidak, ada yang dilihat menggunakan periuk, jaring, baju, baldi, guni, bagasi dan kereta sorong untuk mengisi barang yang dibeli. Kredit: thaiger.com Biar apapun medium yang digunakan sebagai pengganti beg plastik biarlah ianya sesuai dan tidak menyusahkan orang lain yang turut ingin membeli-belah kerana yang terpenting adalah kesedaran untuk menghentikan penggunaan beg plastik.- CARI |
ADVERTISEMENT