Foto: twitter Memang banyak artis sama ada pengukir atau pelukis yang mampu menghasilkan mahakarya "realisme", tapi pembuat kek yang satu ini membuatkan netizen mahu tahu sama ada adakah ciptaannya kali ini benar kek ataupun cuma gurauan. Menurut twitternyaa @iine_piroshiki; "Apabila saya membakar kek span hijau dan kuning dan meletakkannya di atas satu sama lain, ia kelihatan seperti span daripada yang saya bayangkan." Sememangnya jika dilihat sekali dua, ianya tidak ubah seperti span pencuci piring dengan sabun di atas sebuah pinggan. Tekstur dan warna kek ini terlalu terperinci sehingga netizen Jepun berasa ragu untuk memakan kek ini jika dihidangkan kepada mereka. "Tidak kira bagaimana saya cuba, otak saya tidak boleh menerima makanan itu. Saya tertanya kenapa?" "Krim tersebut kelihatan seperti gelembung sabun." "Perut saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan." "Bahagian hijau yang kelihatan baik digunakan menjadikannya lebih realistik." "Bayangkan menonton seseorang makan ini, tidak tahu ia adalah kek ...." "Ini patut diberikan semacam anugerah." Artis yang mereka kek ini juga pernah membuat kulit buah-buahan daripada resin. Emmm... nak makan tak boleh ragu-ragu, kita tolak tepi. Kalau berani, cubalah. - CARI Rujukan : soranews24.com
|
kaoru44:  YNWur_X-RQ Nah..mukbang mkn kek bentuk span basuh pinggan ni..ni korea..xthu plak kat jepun mmg dh ada kek mcm ni..
i_is_kennot replied at 17-1-2020 03:38 PM
Habis smua span tu dia makan... Hahhaha, sedap sgt lah tu kot
kaoru44 replied at 17-1-2020 03:45 PM
Haha..tu time baru2 nk naik..skrg dh dkt 2juta subscriber..xmkn bnda2 pelik dh..
Video mkn seakan ...
i_is_kennot replied at 17-1-2020 03:49 PM
2,3 tahun lepas trend makan dlm mangkuk tandas.. Aiyakkk... Siap ada restaurant kt Taiwan ke mne n ...
Artemesiaa replied at 17-1-2020 03:11 PM
Sesetengah orang ada yang suka makan makanan yang bentuk pelik macam ni taste masing2
i_is_kennot replied at 17-1-2020 03:22 PM
Tinggal letak Glo je.. Huhu
Boomibulat replied at 17-1-2020 03:27 PM
Kat jepun pakai span cuci pinggan mcm sini jugak..Ingtkan canggih sikit
kaoru44 replied at 17-1-2020 03:30 PM
Nah..mukbang mkn kek bentuk span basuh pinggan ni..ni korea..xthu plak kat jepun mmg dh ada kek ...
ADVERTISEMENT