Buat mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, pasti anda pernah singgah di Uptown Danau Kota. Uptown Danau Kota adalah sebuah night market yang sentiasa menjadi pilihan warga kota dengan variasi makanan yang menarik dan barangan yang pelbagai, itu belum dicampur dengan gadget elektronik yang murah dan menarik.
Baru-baru ini, timbul isu apabila peniaga-peniaga di Uptown Danau Kota diminta untuk berpindah ke lokasi lain yang terletak berdekatan daripada lokasi asal. Idea ini mendapat tentangan keras daripada beberapa pihak, malah isu perkauman juga dimainkan apabila mereka menganggap ini adalah helah untuk menjatuhkan ekonomi orang Melayu. Perhimpunan secara aman juga dilakukan oleh beberapa pihak untuk membantah keputusan pemindahan tapak ini. Rentetan isu ini, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew singgah ke lokasi untuk melawat kawasan dan menyelesaikan isu tersebut namun lain pula yang terjadi apabila beliau dicerca dan dihalau supaya pulang. Keadaan menjadi lebih teruk apabila YB Tan Yee Kew menjelir lidah kepada pihak yang memprotes sebelum meninggalkan lokasi dengan keretanya. Kejadian ini mendapat perhatian beberapa rakyat Malaysia yang beranggapan YB Tan Yee Kew telah bersikap melampaui batas dan tidak menghormati para peniaga. Malah, beberapa akaun anonymous ada memuat naik video YB Tan Yee Kew dan mempersoalkan kredebiliti beliau sebagai seorang Menteri. Namun, tidak semua yang berada di internet adalah betul bukan? Hasil daripada video yang dimuat naik untuk menjatuhkan YB Tan Yee Kew, ramai warganet yang muncul dan menjelaskan isu sebenar berkenaan Uptown Danau Kota. Menurut penduduk Wangsa Maju, selama ni mereka banyak kali membuat aduan berkenaan Uptown Danau Kota yang menyempitkan jalan apabila ada pengunjung yang parkir di hadapan rumah penduduk, malah jalan juga menjadi terlalu sesak apabila lokasi Uptown terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan. Lebih mengejutkan, beberapa pihak juga membuat pendedahan tentang puak gangster yang menjaga Uptown Danau Kota dan mengenakan bayaran sewa tidak masuk akal sebanyak RM1500, malah harga sewaan tapak akan meningkat apabila tiba waktu perayaan. Puak gangster ini juga mengutip bayaran parkir meskipun kawasan tersebut adalah kawasan awam dan kawasan perumahan yang sepatutnya bolh digunakan oleh pengunjung secara percuma. Pemindahan lokasi Uptown Danau Kota ini sebenarnya dipersetujui oleh para peniaga dan disambut baik oleh penduduk sekitar. Dengan harga sewa tapak yang lebih murah iaitu sebanyak RM212, tapak baru juga menyediakan kemuadahan tandas awam, parkir percuma dan kawasan yang lebih bersih daripada tapak lama. Ayuh singgah ke Uptown Danau Kota di lokasi baru bersama keluarga dan rakan-rakan. Jersi di situ pun murah belaka! - CARI
|
ADVERTISEMENT