Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitternya mempersoalkan siapa sebenarnya berkuasa antara Kementerian Pelajaran dan PIBG.
"Siapa lebih berkuasa? Kementerian Pelajaran atau PIBG?" tulisnya dalam tulisan jawi. Katanya, PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian. "Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian," katanya.
Ciapan baginda itu dipercayai berikutan isu panas membabitkan pembelajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular di mana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diberi kuasa untuk menentukan sama ada ia perlu dipelajari. "Tulisan jawi itu adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan martabatkan tulisan jawi, jadi kita semua senang baca." Malah, ibu bapa dan murid juga diberi kuasa oleh kementerian untuk memberi kata putus. - CARI
|
Simunggu replied at 3-1-2020 06:54 AM
PIBG tak berkuasa tapi atok...
tobby replied at 3-1-2020 06:26 PM
keputusan Tun pecat mazlee adalah sangat tepat sebab dia lembek
Jiddin replied at 3-1-2020 09:21 PM
Hang Rasa sbb Maszlee lembik Ka sbb dia nk penaik org yg dia suka/ boleh ikut rental dia?
dizekni replied at 3-1-2020 04:58 PM
Daulat Tuanku
tepat sekali, apa la sangat PIBG,
tobby replied at 4-1-2020 12:57 AM
siap la pemaisuri kena kecam dgn RBA lepas ni
stania83 replied at 4-1-2020 11:21 AM
Disebabkan jawi berantakan satu negara. Just drop it. Martabatkan bahasa Malaysia lagi bagus, skrg r ...
Jiddin replied at 3-1-2020 09:21 PM
Hang Rasa sbb Maszlee lembik Ka sbb dia nk penaik org yg dia suka/ boleh ikut rental dia?
Ladybird910 replied at 4-1-2020 07:22 PM
Awat pibg xdi eja dlm jawi..
ADVERTISEMENT