Seorang model sambilan dicekup Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkhalwat di rumah teman lelakinya di Alor Setar. Harian Metro melaporkan, mereka dicekup jam 12 tengah hari semalam selepas menerima aduan orang awam yang curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu.
Pasangan itu kantoi apabila gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, hasil siasatan mendapati ibu tunggal berusia 29 tahun itu juga bekerja sebagai model sambilan dan menetap di Pokok Sena. Lebih mengaibkan, wanita itu menipu keluarga bahawa dia kononnya dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di bandar raya itu. “Wanita itu memberi alasan kepada keluarganya dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta menyebabkan dia tidak pulang ke rumah," katanya.
Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
|
uda replied at 3-1-2020 11:46 AM
Bersepah aje bilik!!! Macam takda katil aje
SWORKS27 replied at 3-1-2020 11:41 AM
model sambilan ????
prettyuglybabe replied at 3-1-2020 11:55 AM
bantal pun hitam kepam
prettyuglybabe replied at 3-1-2020 11:55 AM
bantal pun hitam kepam
ADVERTISEMENT