"Hai. Saya minta maaf jika gambar tahun baru saya yang gemuk ini mengecewakan awak. Saya senang baca komen awak," tulis pelakon Atikah Suhaime di Instagramnya. Memadankannya dengan skirt berwarna hitam, pelakon asal Singapura, dilihat turut memegang sekuntum bunga.
Pernah terpalit dengan kontroversi video lucah dan pernikahan tidak jadi, Atikah memohon maaf kepada orang ramai yang tidak senang duduk dengan foto terbarunya yang sedikit menonjolkan buah dada itu. Tidak peduli dicerca, malah Atikah, 28, berkata beliau sebenarnya senang membaca komen yang ditinggalkan. Gambar beliau mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, hingga ada yang menanyakan soalan nakal bahagian mana yang gemuk. Namun, rata-rata memuji kejelitaan Atikah, serta meminta beliau kekal dengan bentuk badan sebegitu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|