Pelakon berwajah kacak Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 30 mengakui ada menerima tawaran yang menuntutnya berambut pendek namun terpaksa menolaknya dengan cara baik. Ini kerana Ben tidak bercadang untuk menukar gaya terkininya ke imej berambut pendek dalam masa terdekat.
"Sekarang saya nak bawa karakter berambut panjang dulu sampai semua orang dah bosan, barulah kita tukar imej. "Kalau boleh, dengan berambut panjang ni saya nak cipta satu imej yang pelakon lain tidak ada. "Jadi, saya akan kekal dengan imej ni sekejap," ujar Ben yang dipetik dari hLive.
Tambah Ben lagi, dengan berambut panjang, dia lebih berpeluang untuk membawa pelbagai jenis karakter. "Dengan rambut sekarang, macam-macam watak boleh bawa. Ia tidak terhad pada satu watak sahaja. Saya boleh jadi baik, boleh jadi jahat.
Menurutnya penjagaan rambut panjang tidaklah sukar. Hanya menggunakan syampu biasa serta minyak kelapa untuk penjagaan ekstra. "Rambut panjang sekarang tak susah nak jaga pun. Saya guna syampu macam biasa cuma ada penjagaan tambahan menggunakan minyak kelapa," jelasnya. Mudah betul cara Ben jaga rambut tetapi hasilnya rambut Ben tetap cantik terurus dan semestinya Ben tampil lebih hot dan memukau kan?- CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|