Kebelakangan ini, isu video panas membabitkan beberapa selebriti lelaki tanah air menjadi kian parah. Tahun lalu sahaja, lambakan video lucah yang dikatakan milik/mirip beberapa selebriti terkenal tersebar di media sosial seperti Twitter. Malah, ada juga pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjual setiap video mahupun gambar panas selebriti terbabit dengan harga tinggi kepada yang mahu menontonnya, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapatnya sindiket di luar sana yang mensasarkan golongan artis tertentu untuk beraksi lucah melalui teknik 'catfishing', mahupun pemalsuan video menggunakan teknologi deepfake semata-mata untuk tujuan keuntungan. Biarpun keaslian dan kesahihan sesetengah video panas melibatkan artis lelaki terbabit tidak dapat dibuktikan, impaknya terhadap kerjaya mereka tidak dapat dinafikan memandangkan ada artis yang menjadi semakin terkenal apabila terpalit kontroversi video panas biarpun mungkin dikecam netizen pada awalnya.
Justeru, pendatang baru dalam industri hiburan iaitu pelakon Zaki Azeman seperti dipetik dari murai.my menyatakan bahawa dia bersedia menghadapi dakwaan yang sama sekiranya turut terpalit kelak. Malah, dia menyifatkan isu terbabit sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapi penggiat seni hiburan terutamanya buat pendatang baru sepertinya.
|
kumak replied at 3-1-2020 11:00 AM
WHO ARE YUSSSSSSSSS!!!!!
adelea replied at 3-1-2020 11:36 AM
tak yah nak whoarryus sgt laa
dia ni dah lama dalam industri
flyzpiz replied at 3-1-2020 12:28 PM
Sape ni nyiahhhh,muka stok2 laki kampung berwajah desa
ADVERTISEMENT