Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan daripada jawatankuasa kabinet hari ini, menurut sumber terdekat menteri pendidikan tersebut kepada Malay Mail.
Menurut sumber, Maszlee telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi. "Beliau (Maszlee) telah menyerahkan surat perletakan jawatan dan Perdana Menteri telah menerimanya," "Maszlee ketika ini sedang bermesyuarat dengan staff dan akan mengumumkan keputusan beliau dan bakal mengadakan sidang media pada harini," dedah salah satu sumber yang dirahsiakan identiti. Namun, sebab perletakan jawatan masih menjadi tanda tanya sehingga waktu ini.
Sidang media dijangka bakal diadakan pada 4.30 petang ini di Pejabat Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Maszlee yang merupakan bekas pensyarah telah dilantik sebagai menteri pendidikan pada 21 Mei 2018 yang lalu. Beliau juga merupakan MP Simpang Renggan dan ahli jawatankuasa Bersatu. - CARI Sumber: MalayMail |
bambimo replied at 2-1-2020 03:36 PM
Timb bakal naik pangkat ker?
lostnfaun replied at 2-1-2020 07:43 AM
Kesian Maszlee nie kanan kiri kena tekan, hentam.. timbalan dia rilek, tenang jer.. pelik betul
damian_lee replied at 2-1-2020 03:45 PM
Timbalan and yang xde kena mengena pun hentam dia
ADVERTISEMENT