Guru sekolah rendah di wilayah Zhejiang, China digantung perkhidmatannya selepas tular video dia melakukan kekerasan terhadap muridnya di dalam kelas. Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berlaku di Sekolah Rendah NO.5 di Longgang.
Rakaman video di dalam kelas itu menunjukkan guru lelaki terbabit menujah dan menampar muka seorang murid perempuan sebelum menariknya ke hadapan kelas. Dia yang masih marah-marah dilihat menolak-nolak dan menampar kanak-kanak itu di hadapan murid lain. Tidak cukup dengan itu, guru berkenaan mengangkat mangsa dan memperlakukannya seperti anak patung dengan menggoncang tubuhnya dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah. Ketika kejadian, kelihatan murid lain ketakutan hingga ada yang cuba bersembunyi di bawah meja. Difahamkan, kemarahan guru itu dikatakan berpunca apabila mangsa terlupa menyiapkan tugasan sekolahnya. Pada Ahad, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan mengesahkan guru terbabit digantung tugas dan kes kini dalam siasatan. - CARI
|
duri_durians replied at 2-1-2020 02:13 PM
kelas mmg ada cctv ke?
atau cikgu ni dah byk kes sampai school admin letak cctv?
ADVERTISEMENT