Nicolas Aujula, yang merupakan astrologi Hollywood dan pengasas KnowYourPastLife.com ini pernah menular di media antarabangsa apabila ramalannya mengenai kebakaran di Notre Dame, gempa bumi di China dan Cuba, protes besar-besaran pemandu teksi di London dan kontroversi mengenai tokoh masyarakat yang mempunyai nama Justin tepat. Lelaki ini berumur 34 berasal daripada South London. Ketika kecil, dia telah mengalami visi luar biasa dan mempercayai dirinya adalah ratu mesir juga seekor singa pada kehidupan lalunya. Visi mengenai ramalannya ini selalunya diperolehi ketika sedang tidur dalam alam mimpi. Terkadang visinya boleh datang tiba-tiba ketika dia sedang berjalan.
Kali ini, dia kembali lagi membawa ramalan 2020. Antara ramalannya ialah mengenai pemimpin Amerika Syarikat, Donald Trump akan kalah. Dia juga meramalkan United Kingdom akan ditimpa cuaca angin kuat. Bagi isu lain, dia menjangkakan Paris Hilton akan mengumumkan yang dia sedang mengandung, skandal Jennifer Aniston dan Lindsay Lohan akan sedang menjalinkan perhubungan dengan seseorang. Nicola Aujula juga meramalkan akan ada artis perempuan yang akan mengalami nasib kematian yang sama seperti mendiang Amy Winehouse iaitu melalui ketagihan dadah dan alcohol. Antara ramalannya yang bakal menjadi tular jika terjadi pula adalah berkenaan kebakaran akan berlaku di hospital besar di United Kingdom, seekor anjing akan memenangi program pertandingan bakat, England akan memenangi pertandingan besar dalam bola sepak--- berkemungkinan UEFA. Terdapat skeptik yang tidak mempercayai Nicola Aujula [termasuklah penulis] kerana ramalannya bersifat umum dan berkemungkinan terdapat pengaruh media sama ada akhbar atau filem atau apa-apa saja yang boleh memberi kesan visual untuk dirinya berfirasat mengenai sesuatu itu. Oleh itu, terpulanglah kepada pembaca untuk menerimanya, KECUALI yang islam, wajib ditolak saja ya.- CARI Rujukan : Mirror.co.uk |
Kurex replied at 21-1-2020 10:55 AM
dah buat reseacrh.. terang berderang nampak gayah lempuk, tu yg rasa dia ratu mesir tu..
btw, apa ...
RatuDunia94 replied at 21-1-2020 11:00 AM
Ramalan kaum Maya 2012 pon jd laughing stock jahh sis..
Kampungpeoplesz replied at 21-1-2020 11:05 AM
Dalam dunia ni ada yg taksub tau bende2 mcm ni.. Tak mustahil ade je yg percaya bulat2..apa2 pun yg ...
husna_amal replied at 21-1-2020 11:21 AM
baca boleh percaya jangan
dubuk replied at 21-1-2020 12:46 PM
kebakaran ni akan dapat dilihat kemusnahannya dari jauh dan ia akan merebak ke bahagian hadapannya d ...
addved replied at 21-1-2020 01:32 PM
Saya pon boleh buat ramalan seprti itu.
chilly replied at 21-1-2020 04:33 PM
Diri sendiri taknak reveal ke ramalan abamlempuk. Kot 2020 ni berubah jadi sado terus tuko statement ...
diss69 replied at 21-1-2020 07:58 PM
Sebagai org Islam, janganlah kita percaya ramalan2 ni...
CatMiow replied at 22-1-2020 01:39 AM
Benda2 cuaca ni dapat diramal kalau dia rajin baca dan faham fenomena alam... Lain2 tu dapat agak, ...
ADVERTISEMENT