CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Packaging Buruk, Tak Nampak Macam Kek!" Produk Terbaharu Ramly Dikritik..

2-1-2020 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23292| Komen: 132



Jenama Ramly sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ianya antara pelopor produk halal dan bumiputera di Malaysia. Setelah berjaya dengan produk burger, syarikat ini membuat produk kek pula dengan harga yang cukup murah.

Namun, apabila ada warganet yang mendakwa pembungkusannya buruk, kurang menyerlah dan logo yang mengingatkan pada burger, ianya mendapat pelbagai respon dari warganet.

Twitter


Walaupun setelah diterangkan produk akhir mengambil pelbagai faktor seperti kos, kepada siapa produk dipasarkan dan ianya pasti mengambil banyak pandangan sebelum ia dikeluarkan, pemuda ini tetap dengan pandangannya bahawa produk tersebut tidak nampak seperti kek. Jadi, sasaran untuk memasarkan kek tidak tercapai.


Pandangan pemuda yang dikatakan mempunyai Diploma dalam Pemasaran itu dikritik oleh warganet lain yang merasakan lebih banyak faktor diambil kira berbanding teori di dalam buku. Tetapi, siapa sahaja yang bodoh akan memikirkan itu adalah daging burger jika kek itu sendiri diletakkan sebaris dengan produk bakeri?
Twitter

Ramai yang menganggap dakwaan tersebut tidak berasas. Apa yang ditulis di dalam buku tidak semestinya boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Jika dia mahu menyatakan logo tersebut mengingatkannya pada burger, itu adalah diri dia dan bukannya orang lain. Lagi pula jenama Ramly itu sendiri lah yang membuatkan ramai pengguna mahu membelinya kerana yakin dengan produk suci dan halal. Ternyata ia bukan sekadar pembungkusan cantik tetapi lebih kepada jenama yang melekat di hati pengguna itu sendiri.


Ramai yang tidak memahami mengapa logo tersebut yang menjadikan ianya masalah besar. Atau pun pembungkusan yang tidak nampak seperti kek? Ataupun memang perlu ditukar logo supaya nampak lebih antarabangsa? Atau sebenarnya lebih menyampah dengan dakwaan pemuda tersebut yang nampak bersifat angkuh?

Jadi, betul ke pembungkusan tersangat penting atau penerimaan pengguna itu yang lebih utama? Ini kerana di akhirnya pengguna akan mencari produk yang diyakininya untuk dinikmati. Apa kata anda? - CARI

2

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-1-2020 11:11 AM
packaging kek blueberry x cantik... sori uols.

btw hrp2 rasanya ok. nt nk try beli.
Quote MissVixen 2-1-2020 11:32 AM
Packaging memang tak cantik. Sedap ke? Ada sesiapa pernah cuba?
Quote mamatz19 2-1-2020 11:37 AM
kat mana ada jual nie .. yg penting sedap dan harga ok .. packaging lepas bukak terus buang je .. hik hik .
Quote ekselen 2-1-2020 11:39 AM
Kira dah berjaya la tu...sbbkan viral packaging buruk br org tau ada produk dia yg baru... I pun br tau...and teringin gak nk rasa....kdg2 buat sesuatu yg lain hanya utk promtional je, bila dah berjaya nnti br la dia buat bebetul...hahaha
Quote ekselen 2-1-2020 11:39 AM
mamatz19 replied at 2-1-2020 11:37 AM
kat mana ada jual nie .. yg penting sedap dan harga ok .. packaging lepas bukak terus buang je .. hi ...

Betul tu...apa heran sgt ngan packaging yg penting isik dlm tu sedap atau tak..
Quote mizruncing 2-1-2020 11:39 AM
woww tetibe terliur. nk try beli la nanti
Quote KIM.K 2-1-2020 11:45 AM
Logo brand dia kena la sustain. Taknak pakai logo tu kena register SSM subcompany baru utk kek semata2 pastu kuar duit lagi cipta logo baru brand tak dikenali

Apa benda budak dip ni komen lajak abt most sustainable business in Msia. Ramly tu

Cuma maybe font diorg pilih kurus sangat dari jauh susah baca. Nampak ok je packaging diorg

Quote little_sis 2-1-2020 11:46 AM
aku rasa sbb logo ramly burger tu dah sinonim sgt dgn product2 asal so tu yg ada komen gitu.. pd aku, ok je... lama2 org akan dpt terima.. mula2 keluar je camtu..
Quote makton 2-1-2020 11:51 AM
MissVixen replied at 2-1-2020 11:32 AM
Packaging memang tak cantik. Sedap ke? Ada sesiapa pernah cuba?

aku penah try makan ni feb last year. rasanya dah lama kuar product ni.
aku try tiramisu & choc cheese cake. harga rm2 tp klu ahli ramly dpt harga rm1.80.
rasa not bad. sedap gak la ikut tekak aku dgn harga murah mcm tu.


1.jpg


2.jpg


3.jpg
Quote Catpaw 2-1-2020 11:52 AM
makton: aku penah try makan ni feb last year. rasanya dah lama kuar product ni.aku try tiramisu & choc cheese cake. harga rm2 tp klu ahli ramly dpt harga rm ...



Nampak sedap la isi dia makton
Quote buragazz 2-1-2020 12:02 PM
Yang benornya warna logo dia tu tak menarik kusam.. ni dah tahun baru tukar la..
Quote kucingitam 2-1-2020 12:05 PM
tak menarik...dan tak rasa tertarik untuk beli
Quote Boomibulat 2-1-2020 12:23 PM
x pnh jumpa pun kat kedai..
Quote tuberoses 2-1-2020 12:32 PM
baru tau ramly ada kek...mcm sedap plak tgk mak ton makan tiramisu tu...nanti cari
Quote annehuda 2-1-2020 12:41 PM
sbb logo ramly. so ramly tu dah sinonim sgt ngan burger.
Quote umbut 2-1-2020 12:41 PM
Ok je... harga pun murah... tak pernah nampak.. kena cari ni
Quote ayorsuam 2-1-2020 12:54 PM
Utk produk harga RM2, design tara tu ok dah. Logo besar speshly perasa tiramisu, 80% dari saiz sekarang helok sket rasanya..
Adik kena humble sket dik...ngomen hasil kerja orang memang kerja yang paling2 mudah.
Quote kuihbakar 2-1-2020 01:00 PM
makton replied at 2-1-2020 11:51 AM
aku penah try makan ni feb last year. rasanya dah lama kuar product ni.
aku try tiramisu & choc c ...

Terliur la pula. Hahaha
Quote iszablack 2-1-2020 01:08 PM
X peduli ngan packaging yang penting sedap ke..... nak try tp setakat ni x pernah nampak kt kedai lagiii

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052817 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top