Dua pelajar sekolah maut selepas dihempap seorang lelaki yang terjun dari sebuah bangunan tinggi. Memetik New Straits Times, kejadian berlaku petang Selasa lalu ketika dua remaja perempuan itu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Chongqing, China. Menurut South China Morning Post yang memetik The Beijing News, mangsa dikenali sebagai Huo, 15, dan Zhang, 17. Manakala, lelaki yang maut akibat bunuh diri itu dikenali sebagai Li, 31, dari wilayah Hubei. Menurut laporan, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia ketika cuba diselamatkan di hospital. - CARI
|
ADVERTISEMENT