"Saya percaya setiap pasangan yang berkahwin sebolehnya mahu bersama selamanya." Itu ucapan aktor popular, Hisham Hamid, 34 mengenai situasi perpisahan yang dilalui oleh ramai artis saat ini. Seperti dipetik Media Hiburan, Hisham agak berat untuk mengulas hal ini namun mengakui agak sedih dan bersimpati kepada rakan artis kerana perpisahan bukanlah jalan terakhir walaupun ia adalah pilihan masing-masing. "Sebenarnya agak berat untuk saya komen dan ianya subjektif. Cuma bagi saya sebagai suami dan bapa, setiap rumah tangga ada masalah sendiri dan pasang surutnya. Kita tidak boleh komen melulu kerana kita tidak nampak apa yang disebalik konflik tersebut."
Bagi Hisham sendiri, itu adalah keputusan individu tetapi mengharapkan setiap pasangan matang dalam membuat keputusan. " Pada saya jika anda percaya dengan rasa cinta terhadap institusi kekeluargaan, anda harus mempertahankannya." Hisham yang sudahpun mendirikan rumahtangga bersama Rosmawati Hanafi dan dikurniakan dua cahaya mata, Nurish dan Hayden. Baguslah begitu, Hisham Hamid antara selebriti yang tiada gossip cinta dilokasi walaupun pernah digandingkan dengan ramai pelakon jelita. Awas ya pencaras semua, Hisham setia. - CARI |
budaktua replied at 31-12-2019 09:52 PM
anak dia sek mana ya? uniform mcm tu...bkn biasa2 punya sek kot... sekali tgk mcm sek rendah punya u ...
virgo19 replied at 31-12-2019 06:12 PM
hisyam ni kawin awal ke, umur baru 34 anak dah besar, mcm dah sek men je
ADVERTISEMENT