Satu video yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan iklan kesedaran membuatkan ramai warganet 'buka mata'. Video berdurasi 1 minit 47 saat itu menunjukkan perbandingan antara ibu dan pembantu rumah, melihat siapa yang lebih memahami dan mengenali anak yang mereka jaga. Antara soalan diajukan adalah seperti cita-cita, kawan baik, subjek kegemaran dan rakan lelaki yang disukai oleh anak tersebut. Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah syarikat di Singapura itu menunjukkan 74 peratus daripada pembantu rumah berjaya menjawab soalan dengan tepat berbanding ibu kandung sendiri.
Malah, kanak-kanak yang dijaga pembantu rumah lebih selesa berkongsikan masalah mereka kepada pembantu rumah masing-masing, walaupun ibu kandung mereka ada di rumah! Rata-rata warganet turut terkesan melihat video berkenaan yang mencecah lebih 1.54 juta tontonan lkldalam masa beberapa hari ia dikongsikan. Bagaimana pula dengan anda? Sejauh mana anda mengenali anak masing-masing? - CARI
|
4
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tagas replied at 2-1-2020 10:51 AM
nowadays all parents in struggle&survie cari nafkah carik rezki utk kesenangan famili
beban kat k ...
Boomibulat: Kucing lebih kenal bunyi motor bapak berbanding anak sendiri..
ADVERTISEMENT