Di sebalik kejayaan anak-anak muda yang sering dipaparkan di media masa dan media sosial, ada sisi gelap lain yang sebenarnya semakin parah dan seakan tiada jalan penyelesaian. Masalah remaja menggugurkan janin, lahir luar nikah, pembuangan bayi dan kes HIV meningkat saban tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) menjelaskan segala-galanya, berpuluh ribu kes dilakukan oleh remaja bawah 19 tahun seperti tiada kesudahannya. Mengapa ianya semakin menular?
Naib Presiden badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Profesor Zainur Rashid menjelaskan statistik yang menakutkan itu jelas menggambarkan gejala sosial dalam masyarakat kita semakin parah. Dengan 96,000 kes pengguguran janin dilakukan setiap tahun, pastinya itu yang direkod dan dalam pengetahuan pihak kerajaan, bagaimana pula dengan pengguguran sendiri dan lain-lain semestinya lebih banyak. Ianya sudah jelas membuktikan ada kepincangan dalam generasi sekarang. Begitu juga dengan kelahiran anak tidak sah taraf, pembuangan bayi dengan purata 100 kes setiap tahun dan kes HIV meningkat kerana hubungan lelaki dengan lelaki juga membuatkan kita semakin pening. Seolah-olah masalah sebegini semakin biasa dan bukan lagi perkara taboo. Ianya turut disokong oleh warganet yang juga pengamal perubatan. Mengapa ianya terus berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap segelintir masyarakat yang menghalalkan budaya 'bercouple' hingga mendorong kepada maksiat yang lebih dasyat. Penceramah remaja dan pendidikan seks, Akhi Fairus turut memberi pandangan mengenai hal ini. Baginya, remaja perlu didedahkan dengan pendidikan seks yang sebenar dan menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk menerangkan segala-galanya. Jangan biarkan anak-anak mencari dengan mencuba sendiri, kelak ia lebih parah. Statistik ini sangat menyeramkan. Angka puluhan ribu sebenarnya mencerminkan masyarakat kita, jadi apa tindakan kita bagi menangani gejalan sosial yang semakin membarah ini? - CARI |
ADVERTISEMENT