Musim sejuk kebiasaannya turut diikuti dengan penurunan salji di kota Moscow, Rusia. Namun, berbeza pula kali ini apabila 'suhu yang lebih panas' melanda musim sejuk di kawasan itu tahun ini sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuat salji tiruan.
Ia bertujuan menaikkan semangat dan keceriaan orang ramai. Memetik laporan Metro UK, ibu kota Rusia itu mencatatkan suhu sekitar 5.6 darjah celcius hingga 6.5 darjah celcius pada Disember menjadikan ia sebagai musim sejuk 'paling panas' sejak 1886. Secara puratanya, suhu di kota itu pada bulan Disember adalah sekitar -6 darjah celsius dan salji akan memenuhi segenap ruang.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, suasana suram dapat dilihat di Kremlin. "Itulah semua salji di Moscow," tulis pengguna internet itu. - CARI |
lovelytouch replied at 30-12-2019 07:30 PM
Dah turun salji kat moskow. Berita ni pun x semasa, 18hb punya berita. Biasa dia akan panas sikit bi ...
Noraniza_Iblis replied at 31-12-2019 09:08 AM
org kt sne.. sejuk smpai -6 pun rilex lg..
ade lg yg pakai skirt..
kenot brain
shernazz replied at 3-1-2020 01:41 PM
Iols rasa kalau dok mesia ni time tengahari bogel terus menggelupur gamaknya
Sama.cm kita dok s ...
ADVERTISEMENT