Meminta dana bagi menjelaskan yuran pengajiannya, seorang pelajar perubatan dikecam teruk oleh warganet. Pelajar bernama Irfan Khir, menulis menerusi hantaran di Twitter menjelaskan mengapa dia berbuat demikian dan bukannya sewenangnya meminta wang daripada rakyat negara ini.
“Sebenarnya yuran tahun satu dan dua saya telah pun selesai bayar. Bermula tahun ketiga, keluarga saya mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan yuran saya tertunggak. “Pada tahun ketiga saya ada memohon zakat Perak (ayah anak Perak). Namun tidak berjaya. Pada tahun keempat pula saya cuba untuk mohon yayasan Kedah (ibu anak Kedah) Namun gagal juga.
“Pada tahun kelima saya memohon yayasan Selangor (asal Selangor) tapi semuanya tiada rezeki. Baru-baru ini saya telah memohon yayasan Kedah semula namun masih belum dapat jawapan,” katanya yang sedang menuntut di universiti di Mesir. Pemuda ini turut memaparkan penyata bayaran dari tahun pertama hingga tahun terakhir yang tertungga AS$36,000. “Saya dan keluarga pernah cuba minta pinjaman bank, tetapi ditolak atas sebab faktor umur ibu bapa saya yang akan pencen dua tahun lagi mengikut syarat bank. Untuk pengetahuan semua, ayah saya terpaksa pencen awal disebabkan faktor kesihatan,” katanya. “Saya juga membuat inisiatif, berkerja sambilan di Mesir, menjual apam balik di Zagaziq tapi tidak mampu menampung yuran atas sebab mata wang Mesir yang rendah,” katanya yang turut memuat naik keputusan peperiksaannya. Ramai di kalangan warganet yang mengecam dan membuat hantaran berbentuk 'troll' terhadap pelajar ini. Bagaimanapun, Irfan kini berjaya mengumpul RM12,567 hasil sumbangan orang ramai. - CARI
|
munchkin replied at 30-12-2019 12:52 PM
Confuse kejap kata 1st and 2nd year sudah lunas. Dalam surat tu kesemua tahun tak berbayar.
Siap ...
lazim replied at 30-12-2019 12:58 PM
Tak mampu dlm msia je. Sblm pergi sukat diri.
geenie replied at 30-12-2019 01:55 PM
dkt twitter ada org spill tea. ade je dia pegi spain segala. pegi bercuti. warga twitter betul2 ko ...
munchkin replied at 30-12-2019 02:04 PM
aduh patut orang marah.
buapakperut: i wanna i wanna i really really really wanna zagaziq ahh
ADVERTISEMENT