Apabila pakar motivasi terkenal, Azizan Osman membuat programnya lalu mengajak bekas peserta menjadi krew sukarela, ada warganet mendakwa itu cara golongan ini menjadi kaya. Bagi mereka, program yang cuma berteraskan air liur, mengenakan yuran berpuluh ribu kepada setiap peserta tetapi mengerah orang bekerja percuma adalah satu kebodohan. Ianya hanya akan mengkayakan lagi puak kapitalis ini! Menurut warganet tersebut, cara syarikat ini bekerja adalah tidak wajar kerana memerah tenaga orang lain semata-mata untuk mencapai cita-cita mereka. Sedangkan dalam masa sama, Azizan sendiri mampu untuk membayar kerana yurannya untuk program premium juga mahal, jadi mengapa mahukan khidmat orang secara percuma?
Biarpun ianya telah diterangkan secara terperinci bahawa tiada sebarang bayaran kepada sukarela, tetapi masih ramai yang ingin menawarkan khidmat mereka, kenapa begitu obses? Dengan tagline "Berkhidmat Kepada Guru", syarikat ini juga mendedahkan peserta supaya berdoa untuk dimakbulkan permintaan mereka. Malahan ada juga yang menceritakan pengalaman buruk mereka ketika berhadapan dengan syarikat ini. Hal ini lah yang membuatkan segelintir warganet menganggap Azizan Osman sebagai penunggang agama! Bagaimanapun, tidak semua mempunyai pandangan sama, ada juga yang menyatakan program tersebut sebenarnya untuk bekas peserta yang pernah menghadiri programnya. Jadi dengan menjadi sukarelawan, mereka akan mendapat ilmu yang sama tanpa membayar, sekadar mencurahkan tenaga sahaja. |
legal_jue11: Bodoh betul siapa yg taksub dgn geng2 ni termasuk si afnan rosli tu..
sarah82 replied at 30-12-2019 11:08 AM
Dari bayar 75k kat Dr Mickey Mouse ni.. Baik lah invest beli buku2 ilmiah dan baca
chicozinn replied at 30-12-2019 12:31 PM
yang ni setuju 100%..padahal boleh je beli buku motivasi tu..
sarah82 replied at 30-12-2019 12:45 PM
Katakan habis 5k sebab beli buku byk kan. Baki tu boleh digunakan sebagai modal perniagaan dan lab ...
ADVERTISEMENT