Dah nak masuk tahun 2020. Sepanjang tahun 2019, macam-macam perkara yang terjadi dalam industri hiburan tanah air. Antara yang mendapat perhatian ramai mestilah kisah rumah tangga artis termasuklah kes penceraian.
Menurut Astro Gemoak, berikut adalah beberapa perkahwinnan pasangan selebrii yang hancur berkecai. 1. Aliff Aziz dan Bella Astillah Tak payah ulas lanjut, rasanya semua dah tahu tentang episod kecurangan ini. Bella dan Aliff berkahwin pada 16 September 2016 dan sah bercerai pada 16 Mei 2019. 2. Fizo Omar dan Mawar Karim Ramai tak sangka dengan penceraian ini memandangkan mereka berdua adalah antara pasangan yang romantik dan kurang kontroversi. Puncanya mungkin dari masalah keluarga. 3. PU Abu dan Ain 'Afini Antara kes penceraian yang paling hangat menjadi perbualan memandangkan statusnya sebagi ustaz dan ramai bengang sebab ceraikan isteri ketika mengandung 7 bulan. Abu kemudiannya bernikah dengan seorang janda anak satu, Hana Azraa. 4. Da'i Farhan dan Fatin Nurul Ain Lebih kurang kisah Abu bila Farhan pun ceraikan isteri hamil. Dia kemudiannya berkahwin dengan janda beranak lapan di Mekah. 5. Datuk A. Aida dan Ariff Aziz Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Perkahwinan ini hanya bertahan kurang dari setahun selepas bercerai pada 25 April lalu. 6. Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Bercerai pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun berkahwin. Mereka dikurniakan dua anak, Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15. 7. Radhi OAG dan Ayu Zahiri Mereka telah bercerai pada 25 Mac 2019. Radhi dan Ayu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4 dan Muhammad Ridfi Muslim, 3 tahun. 8. Sam Bunkface dan Aida Azira Empat tahun berkahwin, mereka akhirnya berpisah pada Januari 2019. 9.Natasha Hudson dan Noor Nashriq Ini merupakan perkahwinan dan penceraian kali keempat buat Natasha. 10. Jue Aziz dan Bayu Jue bercerai dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal pada akhir tahun2018. Mereka mempunyai seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5 tahun. Ada lagi? Boleh kongsi di bawah. -CARI |
KIM.K replied at 28-12-2019 03:47 PM
Jue Aziz menghilang rupanya dah kawin. Semoga JA tabah
gebugebas replied at 28-12-2019 07:29 PM
Zahid dan wife pon cerai jua..
KiahRonggeng88 replied at 28-12-2019 07:31 PM
Tom mystarz LG .. bercerai dgn Eme lee Rockanova hehehe ..
Ashna21 replied at 28-12-2019 07:37 PM
Cerai juga 2nd time lpas rujuk haritu
ADVERTISEMENT