Beberapa hari lagi, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dan 2020 akan bermula. So macam mana tahun 2019 korang, ada peningkatan atau lebih teruk dari tahun sebelumnya? Jika ada peningkatan, tahniah buat korang!
Akan tetapi jika 2019 adalah tahun yang buruk, tidak mengapa sebab korang dah buat yang terbaik. Sebelum masuknya tahun 2020, apa kata korang buat 5 perkara ni dulu, barulah 2020 korang well-planned dan teratur! 1. Self-reflection Ini adalah perkara pertama yang korang kena buat iaitu self-reflection. Baca balik goals 2019 korang dan periksa sama ada korang dah capai lebih daripada separuh ataupun tidak. Jika korang berjaya capai lebih daripada separuh, maksudnya 2019 korang dah berjaya! Namun, jika banyak goals 2019 korang yang tidak tercapai, kaji balik apa yang membuatkan korang tidak mampu untuk capai goals tersebut.
2. Set goals Perkara ini adalah wajib setiap kali korang nak mulakan tahun baru. Goals pula terbahagi kepada dua, short-term goals dan long-term goals. Short-term goals adalah perkara yang korang nak capai dalam masa terdekat (contoh:2 bulan), manakala long-term goals adalah perkara yang korang nak capai untuk jangka masa panjang. Berikut adalah contoh 2 kateri goals tersebut Short-term goals: 1. Bayar RM100 ke akaun ASB pada setiap bulan 2. Belanja keluarga pada setiap bulan 3. Belajar main gitar Long-term goals: 1. Nak bercuti pada bulan December dengan budget RM500 2. Berat jadi 50 kg sebelum raya 3. Habis bayar PTPTN pada 20020 3. Set 3 jenis hobi Dalam hidup ini, kita perlu ada tiga hobi. Hobi yang menjana duit, hobi yang meyihatkan badan dan hobi yang menjadikan kita kreatif. Kalau korang ada tiga hobi ini, confirm hidup korang akan cemerlang! Berikut adalah contoh hobi daripada 3 kategori tersebut: Hobi yang menjana duit: Kerja part time, menulis, dropship Hobi yang menyihatkan badan: Jogging, main gym, menari zumba Hobi yang menjadikan kita kreatif: membaca, menulis, melukis 4. Beli baju baharu Untuk dapatkan nafas baru, apa kata korang beli pakaian baharu sempena tahun 2020 ni. Kalau selama ni korang pakai baju yang sama je, inilah masanya untuk mulakan nafas baru! Daripada segi psikologi, pakaian baru boleh berikan kita semangat dan nafas segar untuk mulakan hari dengan azam baru. Baju-baju yang lama tu pula korang boleh hantar ke pusat kitar semula, duit pun dapat! 5. Celebrate Maksud celebrate di sini bukanlah korang kena pergi ke Dataran Merdeka dan merempit, tapi self-reward. Apa kata korang belanja diri sendiri di atas usaha sepanjang 2019 ni. Sebagai contoh, korang boleh pergi bercuti atau makan yang sedap-sedap. Jika sebelum ni korang berjimat untuk makan, kali ni apa kata korang makan je dulu, baru tengok harga! Untuk lebih menarik dan berkat, korang boleh belanja family sendiri makan atau shopping, barulah hidup diberkati. Gitu! Akhir kata daripada penulis, terima kasih kerana sudi baca artikel-artikel saya sepanjang tahun ini. Terima kasih juga buat mereka yang memberikan komen positif mahupun negatif berkenaan artikel saya, akan saya kaji dan terima dengan hati yang terbuka. Semoga tahun 2020 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua! - CARI
|
4
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
awanysss replied at 31-12-2019 11:28 AM
suka part 3 hobi baru tu.. iols ade 2 je.. yg duit tambahan tu takde
anyway, thankyou 2019 for ...
Boomibulat replied at 31-12-2019 11:31 AM
sama la..ada kesedaran tp x tau cmana nak mula..
buragazz: 2019As a self reward aku dah beli tipon baruPastu aku berjaya handle 3500 orang utk annual dinner company aku as emceeAktif menyanyi semula (Busking) ...
Mary_jane replied at 31-12-2019 11:07 AM
Tidak sampai sehari je lagi ke 2020. I masih dengan long term goals. Sesungguhnya 2019 banyak mening ...
SweetShera replied at 31-12-2019 03:23 PM
i klau dengar lagu ni i rasa sedih jer...
Mary_jane replied at 31-12-2019 04:09 PM
First time dengar teringat kat those yang dah pergi menghadap ilahi.
Cyempaka replied at 31-12-2019 06:10 AM
2019 adalah tahun yg sangat2 sukar untuk aku. tak ada kenangan manis. masuk je 2019 ibarat bawak ped ...
ADVERTISEMENT