CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bibik Lari, Syatilla Melvin Tawar RM3,000 Tunai!

28-12-2019 10:01 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 17707| Komen: 128|Original author: oleh: natrahn


Menerusi laman Instagram, pelakon Syatilla Melvin iaitu isteri kepada pelakon Shaheizy Sam meminta bantuan pengikutnya untuk menesan pembantu rumahnya yang dipercayai telah melarikan diri.



Menurut Syatilla lagi, pembantu rumah berkenaan telah melakukan sesuatu terhadap keluarganya. Dalam entri itu, Syatilla turut berkongsi beberapa ciri wanita tersebut untuk memudahkan pencarian.

"Wahai pengikut tercinta, say atawarkan RM3,000 tunai untuk sesiapa yang ternampak atau terjumpa mangkuk ayun ni (pembantu rumah saya).

"Dia lari pagi tadi dan dah BUAT SESUATU PADA KELUARGA SAYA!! POLIS AKAN BANTU DALAM SIASATAN," tulisnya.

Dalam entri lain, Syatilla memuat naik foto serta beberapa rakaman video wanita itu bagi memudahkan pembantu rumahnya dapat dijumpai semula. 

Syatilla menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM,3000 buat mereka yang berjaya menjumpai wanita tersebut.



Wanita itu kemungkinan berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Johor, dipercayai mahu pulang ke negara asalnya melalui Batam, Indonesia.

Para pengikut Syatilla turut mendoakan agar pembantu rumahnya itu dapat ditemui dengan kadar segera walaupun masih tertanya-tanya apakah yang telah dilakukan wanita tersebut pada keluarga pelakon ini.

Semoga pembantu ini segera dijumpai. Sebarkan. - CARI
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 27-12-2019 11:14 AM
taik lalat mcm rabecca..
Quote nordin84 27-12-2019 11:15 AM
ni dikira body shaming x?
Quote hotmak 27-12-2019 11:19 AM
perlu ke describe mcm tu, tak boleh tulis elok2 ke
Quote kechikchomel 27-12-2019 11:21 AM
marah nau ni kak!
tengok kat 1st pic tu elok je tersusun gigi.
Quote missBlackDahlia 27-12-2019 11:31 AM
buat sesuatu?? buat apa tu?? asal tanak citer... goda sam kah? haha
Quote boojaat 27-12-2019 11:38 AM
hotmak replied at 27-12-2019 11:19 AM
perlu ke describe mcm tu, tak boleh tulis elok2 ke

Kan.. kalau marah pun jgn la describe org mcm tu..  elok jer pun rupa maid dia... Xda la teruk sgt muka nya... Kang nanti ada anak di bagi rupa mcm tu mcm mana..
Quote hotmak 27-12-2019 11:43 AM
boojaat replied at 27-12-2019 11:38 AM
Kan.. kalau marah pun jgn la describe org mcm tu..  elok jer pun rupa maid dia... Xda la teruk sgt ...

tulah pasal, makin tua makin ramai anak makin tak cerdik dia ni, suka sangat upload gambar bodoh2, caption tah apa2, dari org nak tlg carik maid dia pun terus turn off, dah describe mcm tu maid nya, tgk org nya lawa je
Quote fifie_olin 27-12-2019 12:03 PM
mencuri kaaa
Quote noodle.baby 27-12-2019 12:16 PM
Tak perlu kot describe kekurangan fizikal org lagu tu. Macam lah ko tu perfect sangat.
Quote apedehal 27-12-2019 12:44 PM
Buat sesuatu tu camana...mandrem kah...da brp kali jumpa kes maid indo kantoi mndrem pastu lari...sbb kata kerja buat sesuatu bukn ambil sesuatu atau lebih mudah hang tulih curi..baideway kg.com nyah perangai satilah ni
Quote epal21 27-12-2019 12:46 PM
Edited by epal21 at 27-12-2019 04:52 AM

Muka maidnya ada iras marlia musa. Takdelah gigi jarang sangat. Contoh gigi jarang 1 km is sohai.
Quote karamell 27-12-2019 12:48 PM
Amboi mulut tila ni kasarnya. Entah2 si maid lari sebab tak tahan mulut petirnya.
Quote olezzeli17 27-12-2019 12:50 PM
epal21 replied at 27-12-2019 12:46 PM
Muka maidnya ada iras arwah marlia musa. Takdelah gigi jarang sangat. Contoh gigi jarang 1 km is soh ...

Marlia musa bkn masih hidup ke? Masa gv6 ada nampak kelibat dia dok belakang dekat2 ngan hubby dia Dato' M Nasir..
Quote doubleA 27-12-2019 12:50 PM
Amboi mulut ko kak, puaka sungguh
Quote rosevelvet 27-12-2019 12:50 PM
hotmak replied at 27-12-2019 11:19 AM
perlu ke describe mcm tu, tak boleh tulis elok2 ke

Retis ni kalu kena bodyshaming kan main meroyan. Tp sbnrnya dorang sdiri yg lg teruk bodyshaming org
Quote kuchenta_81 27-12-2019 12:51 PM
epal21 replied at 27-12-2019 12:46 PM
Muka maidnya ada iras arwah marlia musa. Takdelah gigi jarang sangat. Contoh gigi jarang 1 km is soh ...

eh bila marlia musa jadi arwah?? serius??
Quote epal21 27-12-2019 12:52 PM
olezzeli17 replied at 27-12-2019 04:50 AM
Marlia musa bkn masih hidup ke? Masa gv6 ada nampak kelibat dia dok belakang dekat2 ngan hubby dia ...

Omg. Ye ke? Sorry, iols ter arwahkan dia. Iols edit.
Quote rosevelvet 27-12-2019 12:52 PM
karamell replied at 27-12-2019 12:48 PM
Amboi mulut tila ni kasarnya. Entah2 si maid lari sebab tak tahan mulut petirnya.

Ada logik jugak hujah ni
Quote epal21 27-12-2019 12:53 PM
kuchenta_81 replied at 27-12-2019 04:51 AM
eh bila marlia musa jadi arwah?? serius??

Sorry,uols. Dia ada lagi. Iols silsp. Semoga panjang umur kak marlia musa.

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058522 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top