Demi menyelamatkan nyawa bayi perempuannya yang berusia dua minggu, seorang ibu yang masih berpantang sanggup terjun dari tingkap rumah kira-kira tiga meter.
Difahamkan, dia bertindak sedemikian dalam satu kejadian kebakaran membabitkan 3 kediaman di Kampung Sembulan Baru, Kota Kinabalu malam tadi. Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 11.30 malam itu, Nurshafieka Rahim, 23 berkata dia dan bayinya sedang tidur manakala suami tiada di rumah kerana keluar bekerja. “Saya masuk tidur pada jam 7 malam tapi terbangun kerana terhidu bau asap dan terdengar jeritan kakak mengatakan ada api. “Saya terkejut tiba-tiba api sudah ada di hadapan pintu bilik dan saya terpaksa keluar dari tingkap bilik sambil memeluk erat bayi sebelum terjun ke arah tong air dan seterusnya melompat terus ke tanah,” katanya.
Keadaan terlalu genting menyebabkan dia bertindak terjun ke luar tingkat bagi menyelamatkan diri dan bayinya. “Mujur saya dan bayi tidak mengalami kecederaan selepas melompat dari tingkap bilik. “Cuma bayi saya mungkin sedikit terkejut dan menangis namun semuanya dalam keadaan baik,” katanya. - CARI
|
~boolean replied at 27-12-2019 11:29 PM
semoga bayi ini membesar baik, menghargai pengorbanan ibunya.
Jangan lagi 15 tahun aku dengan dia ...
ADVERTISEMENT