Kalau tengok yang sekarang, memang badan Hairul Azreen dah tegap dan sasa. Tapi ingat lagi tak masa mula-mula pelakon ini masuk dalam industri hiburan?
Di Instagram, suami kepada Hanis Zalikha ini ada memuat naik gambar lamanya semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia peragaan. Masa ini umurnya baru 19 tahun dan katanya tujuan dia muat naik gambar tersebut adalah untuk bersyukur dengan apa yang dikecapinya ketika ini.
"Saya akan selalu post gambar ni supaya tak lupa seorang budak Serdang yang cita-cita nak jadi pelakon aksi konon. "Tak sedar dia kurus keding, rambut tak tau nak sikat belah mana selebet. Muka panau sana sini lepas tu ni je satu seluar jean yang dia ada tu pun rembat abang punya haha kenangan," tulisnya di kapsyen.
Tambahnya, gambar tersebut juga merupakan momen penting dan kenanga ketika casting untuk menjadi model. "Mula-mula nak casting nak jadi model, sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2020 dah. "Alhamdulilah dengan segala rezeki dan dapat kawan yang baik di sisi." Di ruagan komen, beberapa rakan artis termasuk Zahiril Adzim, Shuib Sepahtu, Erry Putra dan Shaharul Ridzwan juga meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Hairul sekarang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|