CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Kurier Tak Sedar Aksi Curi Barang Pelanggan Dirakam CCTV

27-12-2019 02:53 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6278| Komen: 37|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Evening Standard

Sikap tidak amanah seorang pekerja syarikat kurier mengundang padah apabila dia tertangkap mencuri barangan milik pelanggan.

Memetik laporan Sinar Harian Online pada 27 Disember, perbuatannya itu dirakam dalam kamera televisyen liar tertutup (CCTV) di premis syarikat berkenaan di Triang, Pahang.

Dalam rakaman itu, suspek yang berumur 23 tahun dan bekerja sebagai penghantar barang didapati mengambil dua telefon berbimbit yang bernilai RM1,118.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian itu disedari selepas pelanggan datang membuat aduan bahawa dia belum menerima barang yang dikirimkan kepadanya.

Mohd Wazir Mohd Yusof. Kredit foto: Utusan Online

Penyelia syarikat kurier berkenaan seterusnya melakukan pemeriksaan dan melalui rakaman CCTV, kedua-dua barangan yang dikirim atas nama pelanggan terbabit telah dicuri oleh suspek.

"Berdasarkan keterangan pengadu (penyelia syarikat kurier), kejadian kehilangan barang milik pelanggan turut berlaku 18 Disember lalu. 

"Melalui bukti rakaman CCTV itu, pengadu tampil membuat laporan polis semalam," katanya.

Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dihukum sehingga 14 tahun penjara dan sebat serta denda. - CARI

2

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 27-12-2019 02:56 PM
Mendapat lah kan! {:good
Quote sarah82 27-12-2019 03:09 PM
Huhu.. Aku baru dok aim nak beli gadget online.. Harap2 adik2 kurier Poslaju dan J&T baik la
Quote Ina8895 27-12-2019 03:16 PM
Mat pet ke budak tu?
Quote Asdan 27-12-2019 03:18 PM

kalau nak hantar pokok, bungkus pakai apa supaya tak cepat layu ?
Quote CiliPadiSedap 27-12-2019 03:36 PM
Asdan replied at 27-12-2019 03:18 PM
kalau nak hantar pokok, bungkus pakai apa supaya tak cepat layu ?

pokok ketum ke dik? kalau pokok ketum kena bungkus plastik hitam.

sebab tu sebelum login cariforum kena minum air ketum dulu baru cerdik cm asdan
Quote Ina8895 27-12-2019 03:36 PM
Asdan: kalau nak hantar pokok, bungkus pakai apa supaya tak cepat layu ?


Bungkus pakai taik idung kau
Quote abdulariff 27-12-2019 03:38 PM
CiliPadiSedap replied at 27-12-2019 03:36 PM
pokok ketum ke dik? kalau pokok ketum kena bungkus plastik hitam.

sebab tu sebelum login  ...

hantar antara semenanjung tak sempat layu. hantar sabah sarawak memang layu
Quote Asdan 27-12-2019 03:43 PM
CiliPadiSedap replied at 27-12-2019 03:36 PM
pokok ketum ke dik? kalau pokok ketum kena bungkus plastik hitam.

sebab tu sebelum login  ...

pandan, macamana nak tahan seminggu dalam bungkusan ?
Quote gaara_X 27-12-2019 04:43 PM
Apabila sikap "AMANAH" tidak ada dalam diri....cam tu laa jadinya...
Quote Orgkgdukobesi 27-12-2019 05:05 PM
Asdan replied at 27-12-2019 03:43 PM
pandan, macamana nak tahan seminggu dalam bungkusan ?

Letak span basah di akar pokok lepastu balut dengan plastik sekitarnya supaya tak bocor
Quote Pink_Purple 27-12-2019 06:14 PM
tabur pasir dalam periuk sendiri...berat hukuman..boleh sampai 14 tahun..xpasal pasal
Quote dua_chzy 27-12-2019 06:56 PM
Edited by dua_chzy at 27-12-2019 06:58 PM

Akak for now dah dua missing items ilang bila beli barang dari Sephora. Akak dah mula syak, mekap yang hilang tu dicurik, sebab kotak Sephora tu, alahai, senang benau nak bukak korek dari bawah. Akak nak tengok if order lagik dan barang akak hilang lagik, sah dicurik. But tatau nak tuduh sapa. Kurier ka kastam. Tapi takkan la kastam babi sangat nak curik mekap kan.
Quote vespa_oren 27-12-2019 07:03 PM
dua_chzy replied at 27-12-2019 06:56 PM
Akak for now dah dua missing items ilang bila beli barang dari Sephora. Akak dah mula syak, mekap ya ...

kne buka kastam k, Sephora tu luar Malaysia k
Quote dua_chzy 27-12-2019 07:15 PM
vespa_oren replied at 27-12-2019 07:03 PM
kne buka kastam k, Sephora tu luar Malaysia k

Ye la, sebab tu la akak bilang takkan kastam yang amek takat eyebrow pensil ngan blusher bodo2.
Quote dua_chzy 27-12-2019 07:16 PM
vespa_oren replied at 27-12-2019 07:03 PM
kne buka kastam k, Sephora tu luar Malaysia k

Or maybe Sephora memang hauk bab packing. Tengok hada jah missing items. Second time akak order juga, 2 daripada 5 free samples akak takda.
Quote alinone78 27-12-2019 11:27 PM
patut banyak barang hilang
Quote i_is_kennot 28-12-2019 03:59 AM
Kelabu mata dah tu,  .... Sia2 hilang keje
Quote sukacactus 28-12-2019 07:05 AM
Nasib la ramai xminat succulents
Beratus jg tiap kali order online, selamat jg sampai
Alhamdulillah!
Quote LadyCarefree 28-12-2019 08:44 AM
dua_chzy replied at 27-12-2019 06:15 PM
Ye la, sebab tu la akak bilang takkan kastam yang amek takat eyebrow pensil ngan blusher bodo2.

Dah kenapa beli eyebrow pensil dengan blusher bodo?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.154012 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top