Melampau, seorang pekerja kargo dikesan membuka beberapa bagasi penumpang di bahagian tempat letak barang sebuah pesawat! Kejadian itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan berlaku di di mana dan waktu sebenar insiden tersebut.
Memetik laporan ProjekMM, sebuah video yang dimuat naik oleh Rayner Anjumal di Facebook, memaparkan aksi seorang lelaki yang membuka dan mencari sesuatu dalam beg penumpang. Malah, tindakannya itu sempat dirakam selama dua minit oleh rakan sekerjanya sendiri. “Pekerja kargo membuka bag penumpang. Harap pihak lapangan terbang mengenal pasti pekerja yang terlibat,” katanya dan turut meletakkan tanda pagar MAS dan AirAsia.
Video tersebut segera menjadi tular di laman sosial apabila ia dikongsi 10,000 kali di Facebook. Perbualan kedua petugas itu juga tidak jelas namun dipercayai mereka bercakap dalam bahasa Siam. Perbuatan tidak beretika itu sekaligus menyebabkan para warganet berasa marah dan mahu mereka diambil tindakan segera. - CARI |
jerukkedondong replied at 26-12-2019 08:11 PM
Mcm Fokker 50..Firefly keeerrr
uda: Bukan fokker. Tu jet. Firefly guna atr.Ni cerita lama, recycle.Kejadian berlaku di phiuket dan airline yg terlibat ialah Jetstar. Ada dlm harian metro ...
sehirkedi replied at 27-12-2019 03:05 AM
Penyangak ada dimana-mana. Habislah dah viral ni kena duduk dalam lokap dan kena buang kerja.
Kalau ...
i_is_kennot replied at 28-12-2019 03:48 AM
Agak2 brp harga satu bagasi ni? Bagasi meols dah hampir ranap
sehirkedi replied at 31-12-2019 02:02 AM
Kalau yg 28 inch kat Lazada @ Shopee dlm lingkungan RM209 - 230
ADVERTISEMENT