CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Impot Dari Peru Tertidor Depan Rumah !

11-10-2013 03:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3659| Komen: 31

Maran 11 Oktober: Penat berlari selepas semalaman diburu polis dipercayai menjadi punca suspek kedua kes pecah mesin juruwang automatik (ATM) di Jalan Perpustakaan di sini, awal pagi kelmarin, tertidur di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Berkat, di sini, sebelum dicekup pagi semalam.

Lelaki warga Peru berusia 31 tahun itu ditahan polis jam 8.15 pagi semalam selepas menerima laporan daripada seorang penduduk yang terkejut melihat warga asing di depan rumahnya.Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, suspek melarikan diri sebaik disapa menyebabkan penduduk kampung itu segera menghubungi polis.

Katanya, polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan menahan  lelaki itu lima kilometer dari Plaza Tol Maran iaitu tempat  dia memboloskan diri ketika ditahan bersama seorang lagi rakannya seorang warga Argentina, awal pagi kelmarin    “Suspek ketika itu berada di tepi jalan selepas membeli makanan. Ketika ditahan suspek bertindak agresif melawan dalam usaha melarikan diri namun ditahan  selepas berlaku pergelutan,” katanya di sini, semalam.

Harian Metro, semalam melaporkan cubaan seorang lelaki warga Argentina menggunakan alasan dia pelancong yang tersesat ketika ditahan polis berdekatan Plaza Tol Maran gagal mengaburi pihak berkuasa selepas pemeriksaan pada kenderaannya menemui wang tunai dan peralatan memecah mesin  juruwang automatik (ATM).

Lelaki berusia 55 tahun berasal dari Tucuman yang berlakon tidak tahu berbahasa Inggeris itu ditahan  jam 4.30 pagi selepas melarikan wang tunai  RM174,000 dengan memecahkan sebuah ATM di Jalan Perpustakaan manakala seorang lagi rakannya sempat melarikan diri ke dalam kebun  sawit berhampiran.

Sharifuddin berkata, selepas diperiksa polis menemui lima telefon bimbit, lesen memandu antarabangsa dan wang tunai  RM22 daripada suspek terbabit.

“Semakan mendapati lelaki ini berasal dari Lima dan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak 7 Ogos lalu.

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda,” katanya.


Sharifuddin berkata, beliau percaya dengan tertangkapnya suspek kedua itu, kes berkenaan dapat diselesaikan dan polis  melakukan semakan sama ada warga asing itu terbabit dengan kes pecah mesin ATM di negeri lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budaktua 11-10-2013 09:47 AM
waaa.... byk nya bangsa di malaysia kita....
Quote tongkatwaran75 11-10-2013 09:51 AM
budaktua posted on 11-10-2013 09:47 AM
waaa.... byk nya bangsa di malaysia kita....

memanjangkan list warga asing di Malaysia...

Quote prettyuglybabe 11-10-2013 09:56 AM
budaktua posted on 11-10-2013 09:47 AM
waaa.... byk nya bangsa di malaysia kita....

malaysia kan negara berbilang bangsa
Quote fatehana 11-10-2013 09:58 AM
budaktua posted on 11-10-2013 09:47 AM
waaa.... byk nya bangsa di malaysia kita....

untuk menunjukkan malaysia juga punya banyak bangsa dr serata tempat di dunia
Quote missyqaldina 11-10-2013 09:59 AM
mcm2 negara lahaiii..
psni mexico plak..
pstu italy..
haa...mmg penuh ngn geng2 kongsi gelap..
Quote Anakdesa 11-10-2013 10:21 AM
Glamour rupanya mesia nih.... Terkenal di seantero duniya...
Quote carly_lah 11-10-2013 10:23 AM
itu menunjukkan malaysia ni makmur... sebab tu perompak dari luar negeri pun mai sini merompak....
Quote tongkatwaran75 11-10-2013 10:25 AM
carly_lah posted on 11-10-2013 10:23 AM
itu menunjukkan malaysia ni makmur... sebab tu perompak dari luar negeri pun mai sini merompak....:l ...

makmur ker atau...
sbb penguatkuasaan kemasukan warga asing tak ketat?



Quote purpledesire 11-10-2013 10:27 AM
penat btol berlari sampai leh tetido dpn pintu rumah org..
Quote Acong 11-10-2013 10:29 AM
dari peru, mai merompak kat malaya???
Quote hanakikan 11-10-2013 10:29 AM
Duit dijumpai rm22 jah. Yang beratus ribu tu ke mana? Dah abis berjoli ke
Quote hanakikan 11-10-2013 10:30 AM
Sibuk merompak kat malaysia. Dah xde keje jadi lah pemandu pelancong kat Machu Pichu tu. Sure masyuk
Quote tongkatwaran75 11-10-2013 10:30 AM
hanakikan posted on 11-10-2013 10:29 AM
Duit dijumpai rm22 jah. Yang beratus ribu tu ke mana? Dah abis berjoli ke



antor peru...
Quote Sagoo 11-10-2013 10:37 AM
bile la awek2 peru ke spanyol ke nk masuk sini
Quote liyanur 11-10-2013 10:47 AM
sedih org luar pun pandai ambik kesempatan kat atas kelemahan keselamatan negara...
  
Quote vv2005 11-10-2013 10:50 AM
purpledesire posted on 11-10-2013 10:27 AM
penat btol berlari sampai leh tetido dpn pintu rumah org..

nasib baik TUAN RUMAH tak hidangkan AIR
Quote purpledesire 11-10-2013 10:56 AM
vv2005 posted on 11-10-2013 10:50 AM
nasib baik TUAN RUMAH tak hidangkan AIR

heeheee..lg 1 nasib baik tuan rumah tak buat kenduri doa selamat skali..
Quote carly_lah 11-10-2013 12:06 PM
tongkatwaran75 posted on 11-10-2013 10:25 AM
makmur ker atau...
sbb penguatkuasaan kemasukan warga asing tak ketat?

makmur la.... sbb tu malaysia ni ramai perompak....
Quote Al-Patih 11-10-2013 12:22 PM
pencuri Peru ni ...ada permit kerja ke ....sebagai pencuri ...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.287066 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top