Nyata kejadian gerhana matahari yang berlaku hari ini menjadi fenomena tersendiri. Menurut Pegawai Falak Syarie Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Mokarat yang menyaksikan gerhana matahari sebanyak tiga kali, ia sudah cukup menginsafkan.
"Pengalaman pertama saya melihat sendiri gerhana matahari ialah sewaktu di Kudat, Sabah pada tahun 1995. Masih terbayang dalam ingatan betapa indahnya pemandangan yang amat jarang dilihat serta timbul rasa keinsafan dalam diri. "Kali kedua saya berpeluang untuk melihat sendiri ialah pada 1998 di Bintulu. Ketika itu berlakunya fenomena Gerhana Matahari Penuh," kata Mohamad, 57 memetik laporan Bernama.
Pengalaman ketiganya ialah ketika menyaksikan gerhana matahari penuh di Palembang, Indonesia. "Sewaktu kejadian itu, keadaan alam tiba-tiba gelap dan sungguh sunyi untuk beberapa minit dan hanya kedengaran kicauan burung. "Ketika itulah kita dapat rasa bahawa Allah SWT ingin menunjukkan kebesaran-Nya kepada manusia agar sentiasa mengingati kepada yang Maha Pencipta," katanya. Hari ini negara menyaksikan gerhana matahari Anulus selepas kali terakhir 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor. - CARI
|
sarah82 replied at 26-12-2019 06:32 PM
Tghaei td.. Cahaya mcm berdarah saja..
jazaa100 replied at 26-12-2019 06:38 PM
Aah...kat tempat akk hujan....bila hujan berhenti, keadaan tetiba mcm maghrib....akk tak perasan ...
sarah82 replied at 26-12-2019 06:32 PM
Tghaei td.. Cahaya mcm berdarah saja..
dubuk replied at 26-12-2019 07:49 PM
sempat lah bergelap tadi.. gelap dia bukan biashe biashe.. dia punya pancaran gelap atas tanah tu ra ...
KIM.K replied at 26-12-2019 11:04 AM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...
telracs replied at 26-12-2019 08:35 PM
Sekarang ni boleh pergi tanpa mahram..kerajaan saudi izinkan guna visa pelancong kan.
KIM.K replied at 26-12-2019 07:04 PM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...
jazaa100 replied at 26-12-2019 06:38 PM
Aah...kat tempat akk hujan....bila hujan berhenti, keadaan tetiba mcm maghrib....akk tak perasan ...
alinone78 replied at 26-12-2019 10:24 PM
Now guna visa pelancong tak perlukan mahram
KIM.K replied at 26-12-2019 07:04 PM
Dalam rumah gelap tadi
Entah kenapa masa tu terdetik cari hotel mekah kat trivago..terus berniat na ...
ADVERTISEMENT