Perbuatan sihir dan aktiviti menyantau merupakan salah satu perkara khurafat yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.T. Ini kerana perbuatan tersebut dapat memberi kesan dan memudaratkan orang yang terkena sihir sehingga ada yang maut disebabkan ilmu khurafat ini.
Baru-baru ini,seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Md Iruwan telah mendedahkan bahawa dia telah menerima sebuah bungkusan dari Pos Laju yang didaftarkan namun tanpa nama pengirim.
Apabila dia membuka bungkusan tersebut, Iruwan terkejut kerana bungkusan tersebut mengandungi beberapa batang paku, dua buah figura seperti mayat, gambar keluarganya yang dibungkus dengan kain kuning. Berniat supaya isteri mati dan meninggal dunia.. Menurutnya lagi, dia mendakwa bahawa si penghantar bungkusan berniat jahat dan berharap Iruwan sekeluarga berpisah dan berpecah belah serta isterinya menjadi gila kemudian meninggal dunia. Dia tidak menyangka perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan si penghantar itu sehinggakan sanggup melakukan perbuatan khurafat terebut. Namun begitu, dia tidak sama sekali ingin membalas dan hanya berserah kepada Allah S.W.T agar si penghantar mendapat pembalasan sewajarnya kelak. Walaupun hampir memasuki tahun 2020 dan zaman semakin moden, masih ada yang sanggup melakukan hal sedemikian dan mempercayai benda benda khurafat. Zaman moden masih ada yang percaya santau Netizen yang mengikuti posting tersebut mendoakan supaya lelaki tersebut tabah dan menasihatkan supaya beliau dan keluarga memperbanyakkan amal ibadah supaya terlindung daripada godaan syaitan dan manusia jahat.- CARI |
minguk replied at 26-12-2019 03:34 PM
bukan benda macam tu orang tanam sorok2? kenap pos pulak? ke salah baca ni? tak faham lah
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko ...

cupu replied at 26-12-2019 03:50 PM
Knp mesti pos laju...xguna gdex..jnt..kesian poslaju jd perantara..isu keris hr tu pun letih nk menj ...
razman_el replied at 26-12-2019 05:24 PM
Sebab tu la selagi bernama MANUSIA...yang islam atau bukan islam.., jagalah percakapan secara lisan ...
miraclehopes replied at 26-12-2019 03:36 PM
Hati2..dok dlm porom ni pun boleh kena sihir....nak bagi sakit dan hidup huru hara...moga apa yg ko ...
ADVERTISEMENT