Kita semua tahu zaman sekarang agak susah untuk kita mendapat pekerjaan. Oleh itu, ramai di antara kita memilih untuk bekerja sebagai pemandu Grab atau sebagai penghantar makanan demi mencari rezeki yang Halal untuk meneruskan hidup di ibu kota. Bukan mudah untuk kita semua mencari wang, tetapi dengan usaha sendiri dan penat lelah, kita dapat memperoleh wang untuk menampung diri sendiri dan juga keluarga. Menurut perkongsian @Hidayat80 di Twitter, beliau terlihat seorang penghantar makanan FoodPanda yang terlelap sementara menunggu pesanan makanan di sebuah kedai makan. ">Loading Tweet...
Pemuda ini nak terjatuh Semasa beliau dan adik iparnya di kedai makan tersebut, isterinya memberitahu terdapat seorang lelaki yang hampir jatuh kerana terlena bersandar di kerusi. "Aku bangun tolong betulkan kepala dia untuk dia sambung lena berteleku di meja. "Masa betulkan tu, aku perasan hp dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda. Siapa pun kamu saudara, nanti bangun dari lena yang sekadar itu, ketahuilah, kami berbangga dengan apa yang kamu ikhtiarkan untuk kehidupanmu. Semoga kamu dan kita, terus dalam rahmat Tuhan! "Mari kita beri tepuk tangan bagi mereka yang bekerja untuk hatinya". - Lena Mangala Rata-rata netizen memuji sikap pemuda yang sangat kuat dan rajin mencari rezeki. Ini membuktikan tidak semua orang Melayu itu pemalas. Jika kita berusaha, Insyaallah tuhan akan membalas segala usaha ini.- CARI
|
Modngengade replied at 26-12-2019 07:41 AM
knp org melayu je yg ramai buat food delivery ni?
fliphair8 replied at 26-12-2019 03:47 PM
sume bangsa ade pemalas..tapi atok duk ulang2 melayu...memang ler melayu majority sudah tentu2 angka ...
fliphair8: sume bangsa ade pemalas..tapi atok duk ulang2 melayu...memang ler melayu majority sudah tentu2 angka nampak tinggi....walhal ade jek pepuak sepet yg p ...
Cyempaka: susah betul la org sekarang ni.. suka2 hati ambik gambar orang lain dan viralkan. nanti silap2 gambar kita2 ni pun sedar2 dah viral kat socmed.kau cak ...
ADVERTISEMENT