Tindakan seorang pemandu di West Yorkshier, England yang memandu sambil merokok telah mengundang padah apabila kereta miliknya meletup secara tiba-tiba.
Menurut portal The Telegraph, pemandu yang hanya cedera ringan itu telah diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat West Yorkshire (WYFRS) selepas kereta miliknya meletup secara tiba-tiba, menyebabkan kemek dan rosak teruk. Hasil pemeriksaan mendapati, pemandu kereta tersebut telah menyemburkan penyegar udara secara belebihan dalam kenderaan, sebelum beliau menyalakan api bagi membakar rokok, menyebabkan letupan berlaku.
Dalam kes berbeza, satu kes letupan juga terjadi dalam sebuah pejabat akibat daripada semburan penyegar udara yang meletup, menyebabkan cermin dan pintu kemek serta rosak teruk. Jurucakap Polis West Yorkshire juga telah mengingatkan: "Orang ramai diharapkan agar berhati-hati dan ikuti garis panduan apabila menggunakan tin penyegar udara." - CARI Sumber: The Telegraph |
fliphair8 replied at 26-12-2019 04:18 PM
ko tak tahan bau tungkik kaki ko sendiri kan? habis sebotol ko sembur air freshner....bau kaki ko tu ...
fliphair8: ko tak tahan bau tungkik kaki ko sendiri kan? habis sebotol ko sembur air freshner....bau kaki ko tu dah gas busok...sembur gas air freshner...bergabo ...
ADVERTISEMENT