CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Mengemis Mampu Raih Rm200 Sehari

11-10-2013 03:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3922| Komen: 10

  • Seorang pengemis warga China ditahan kakitangan JKM Johor Bahru dalam serbuan yang dijalankan.

SENAI - Kemewahan hidup dan sikap prihatin rakyat negara ini menyebabkan ramai warga asing mengambil kesempatan berulang-alik dari negara asal ke Malaysia semata-mata untuk mengemis.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, ramai pengemis warga asing didapati melakukan kesalahan sama selepas beberapa bulan ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kebanyakan yang ditahan adalah warga Myanmar, Indonesia dan China malah ada di antara mereka ditahan semula selepas empat atau lima bulan kerana melakukan kesalahan serupa.

“Ada pengemis yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan sanggup berulang-alik dari negara asal untuk mengemis di sini kerana mampu meraih hasil lumayan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Manayi berkata, tahun lalu, seramai 103 pengemis ditahan termasuk 29 warga asing, sementara 44 ditahan sehingga Ogos tahun ini termasuk enam warga asing.

Selain itu, beliau turut mengesyaki wujud sindiket pemerdagangan orang yang mengatur pengemis terbabit untuk mendapatkan simpati orang ramai khususnya bagi golongan kurang upaya.

Jelasnya, dalam serbuan baru-baru ini, pihaknya berjaya menahan seorang pengemis cacat penglihatan yang datang dari Kuala Lumpur.

“Dia memberitahu dibawa ke sini bersama sekumpulan pengemis lain menaiki van dan membayar upah RM70 sehari kepada lelaki yang membawa mereka ke sini (Johor Bahru) selain turut menanggung kos penginapan dan makan.

“Hasil siasatan kami mendapati pengemis berkenaan mampu meraih sekurang-kurangnya RM200 sehari,” katanya.

Manayi berkata, tindakan penguatkuasaan giat dijalankan namun masalah berkenaan terus berlaku malah terdapat golongan penerima bantuan JKM turut ditahan kerana mengemis.


14

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farini 11-10-2013 01:22 AM
kita kt sini cpt sgt simpati kt org. asal jmpa je, seluk kocek... hulur.
Quote clarizsa 11-10-2013 01:43 AM
wow... susah gk kje mengemis nih.. pulangan lumayan, muka malu xpe..
Quote sueism 11-10-2013 01:48 AM
Rm 200 tu Sikit aje ....Masih Ada ruang untuk meningkat ke a rm 500 sehari
Quote AdsMsia 11-10-2013 01:50 AM
sebulan mau 6K
peh kalah gaji engineer hahaha
Quote Bedah.Cun 11-10-2013 02:24 AM
Ini suatu profesion yang wajib diceburi oleh lulusan2 ijazah universiti yang baru berijazah dan sedang mencari ruangan pekerjaan
Quote Al-Patih 11-10-2013 05:12 AM
“Dia memberitahu dibawa ke sini bersama sekumpulan pengemis lain menaiki van dan membayar upah RM70 sehari kepada lelaki yang membawa mereka ke sini (Johor Bahru) selain turut menanggung kos penginapan dan makan.

tokey van ...agaknya pendatang asing ...yang dah lamo duduk doket sini ...tak cekup pong ...
Quote shysari 11-10-2013 03:44 PM
membuktikan rakyat malaysia ni baik hati suka menderma tu yg dia org ni dok ulang alik tu
Quote noor2 11-10-2013 04:00 PM
kita keje perah otak....depa tagih simpati...


tak yah dengkila....

kalu nak mcm tu,....pila mengemis juga....hampoonnn
Quote nurfariezza 11-10-2013 04:01 PM
giler r...kje mntak sdekah je...
tp dpt duit lg masyukk dr org beri sedekah..
Quote blythes 12-10-2013 12:34 AM
aku memang tak bagi lah yang memintak-mintak ni. lagi-lagi yang jenis tunggu kat lrt, hari-hari aku nampak dia. amboi senangnya hidup, siap ade tukang hantar/ambik lagi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.243893 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top